Mengenal Tuhan itu perjalanan

Dalam hidup ni kita selalu lupa sebenarnya kita tak berkuasa atas apa-apa pun. Kita sedar dan kita tahu kita hidup atas belas dan ihsan Allah, tapi kerap kali bila kita mencapai sesuatu cepat2 kita merasa itu hasil usaha kita yg berpenat lelah dan berhempas pulas untuk menikmatinya. Atau kita merasa kita menerimanya kerana ilmu kita, atau kebaikan kita, atau ketinggian darjat kita, ataupun sekurang-kurangnya berkat kesabaran kita.

dalam sebuah kisah tentang Syeikh Abdul kadir al-Jilani, satu hari syaitan datang menggoda beliau. Syeikh Abdul kadir melihat langit memancar penuh bercahaya memenuhi langit sejurus sebelum seorang manusia muncul di hadapannya dan berkata, “Wahai abdul Kadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yg haram untukmu” syeikh Abdul kadir terus menjawab, “Berambuslah wahai syaitan!” Langit yg terang benderang kemudian bertukar menjadi gelap dan syaitan itu mula beransur pergi. tetapi sebelum pergi syaitan terus menduga Syeikh Abdul Kadir dengan berkata, “Wahai Abdul kadir, aku telah menyesatkan 70 orang ahli sufi dengan cara ini. tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”
Syeikh Abdul Kadir tanpa teragak-agak menjawab, “Tidak. Ini adalah rahmat Allah Taala”

Ada pula masa2nya bila kita diberi sesuatu pula kita merasakan yang diberi itu terlalu berat untuk dipikul, atau tidak layak untuk kita pikul. Lalu kita berkeluh-kesah dan bersoal-jawab dalam hati mengapa ini yang harus kita terima. terutamanya dalam menerima sesebuah tanggungjawab, adakalanya tidak kita pinta dan nyata sekali tanggungjawab itu kita rasakan bukan kita orang yang terbaik untuk melaksanakannya. kita bertanya, mengapa aku? mengapa bukan orang itu atau orang ini? bukankah dia jauh lebih baik dari aku? aku ini terlalu banyak kurang dan cacat celanya.

Terimbau kembali nasihat sangat bermakna dari Aini Shamsi lebih kurang 5 tahun yang lalu. Waktu itu saya mengadu nasib kepada Aini tentang sesuatu yang saya telah terpaksa terima sedangkan saya rasa saya tidak layak langsung untuk menerimanya atas sebab kekurangan diri dan saya merasakan ada ramai lagi manusia lain yang lebih berkebolehan dan lebih layak untuk menerimanya. Kata Aini, “Balqis, sedar tak sebenarnya apa yang kamu terima itu ketentuan Allah. Kalau Allah Merasakan bahawa kamu layak untuk menerimanya, mengapa pula kamu tidak yakin dengan keputusan Allah?”

Nasihat ini terus menyedarkan saya, bahawa Allah Maha Tahu, sedangkan pengetahuan kita sangat terbatas. Kita terkongkong atas apa yg dapat kita lihat, dengar, fikir dan rasakan dalam hati. Sedangkan Dia tahu segala-galanya termasuk yg tak dapat kita capai dengan pancaindera kita. Bila Dia Memberi kita sesuatu yakinlah atas pilihan Allah ke atas kita itu. Mungkin hikmahnya kita tidak nampak sekarang tapi esok lusa siapa tahu?

Dalam kisah Sultan Alauddin diajar mengenai tasawwur oleh gurunya, gurunya itu menyuruh Sultan Alauddin (waktu itu belum bergelar sultan) untuk membina sebuah kereta lembu. walaupun kehairanan atas perintah ini Sultan Alauddin melaksanakannya juga krn yakin pasti ada hikmah di sebalik arahan itu. Kerana tidak pernah membina kereta lembu baginda terpaksa belajar segala asas membina kereta lembu dan berusaha mencari segala alat2 dan bahan2 yg diperlukan utk membinanya. Balajar dan membinanya perlahan2 sampai berpekan2 lamanya tapi akhirnya siap juga. Apabila dipersembahkan kpd tuan gurunya, tuan gurunya itu telah memandai2 menukar bbrp struktur kereta lembu itu termasuk mencabut satu penyangga sehingga kereta itu roboh sewaktu berjalan.

Sultan Alauddin yg kecewa melihat hasil penat lelahnya berpekan2 hancur begitu sahaja bertanya mengapa tuan gurunya berbuat demikian sedangkan dia sudah jelaskan bahawa bahagian2 itu tidak boleh diubah, jika tidak binasalah kereta lembu itu. Jelas tuan gurnya, begitulah urusan antara kita dengan Tuhan. Bila Tuhan Menciptakan kita, Dia telah ciptakan yang terbaik, Dia lebih tahu bagaimana seharusnya kita berfungsi. Sepertimana kamu mencipta kereta lembu, bukankah kamu lebih arif akan segala selok belok pembinaannya? Kemudian datang manusia hendak memandai2, tidak percaya pada ciptaan Tuhan mula mengubah di sana-sini dan tiada mahu mengikut manual asal penciptaannya, sepertimana yg tuan guru lakukan, bertindak membuta-tuli walaupun telah diperingatkan, maka apabila telah memandai-mandai dan merubah di sana-sini maka binasalah jawabnya.

Begitulah seharusnya kita manusia. Kita harus meletakkan sepenuh keyakinan atas ketentuan Allah ke atas kita, meyakini ia adalah rahmat dariNya, walaupun tak terjangkau oleh diri kita akan segala rahsianya. Allah Maha Mengetahui segala yang telah lalu dan yang akan berlaku. Dia Tahu segala yang nyata dan segala yang tersembunyi. yang baik hari ini tetapi buruk di hari esok berada dalam pengetahuanNya, begitu juga sebaliknya, apa yg kita sangkakan terlalu besar utk kita pikul hari ini mungkin satu rahmat hari esok yang tidak tersangka-sangka. Maka yakinlah atas pilihan Allah untuk dirimu….

1 Response to “Mengenal Tuhan itu perjalanan”


  1. 1 hanan December 6, 2009 at 9:49 pm

    subhanallah.. menarik sangat.. =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: