guru ibarat lampu jalan 3

Hasil karya: Alif Rahman bin Hassan, tingkatan 2 Ibnu Sina

Tajuk: Cita-cita agungku; penulis terhebat jagat maya

Yang benar akan terzahir, yang batil akhirnya pasti akan lenyap. Yang berada di atas jalan kebenaran akan menemui kemenangan dan yang sesat akan pasti tersungkur, bi iz nillah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Tuhan yang Menguasai sekalian alam, dengarilah kata kecil hatiku ini, aku ingin menjadi penulis terhebat jagat maya. Bukan aku mahu gelar dan populariti, melainkan aku mahu redhaMu jua akhirnya. Maka dengan segala keterbatasan daya usaha dan kemampuanku, aku melihat jauh, dengan menulis aku mampu menjadi jundiMu, yakni yang menulis bukan untuk kesia-siaan, bukan menulis untuk melalaikan manusia, bukan menulis untuk menyebarkan aib manusia lain, bukan juga untuk menyibuk tepi kain orang lain, bukan menulis untuk melampiaskan emosi, bukan juga sekadar mengisi keterlapangan waktu, bukan cuba melaga-lagakan mana-mana pihak, bukan untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana parti, bukan untuk menyindir atau menyelar siapa-siapa melainkan mereka yang benar-benar perlu diselar, aku mahu menulis untuk mengajak manusia kembali kepadaMu.

Definisi penulis terhebat jagat maya: Sesungguhnya semua manusia itu di sisi Tuhan adalah sama, baik seorang perdana menteri, mahupun seorang doktor, mahupun seorang billionair, mahupun seorang peguam, mahupun seorang guru, mahupun seorang suri rumah, mahupun seorang penagih dadah. Yang membezakan di antara mereka semua di sisi Tuhan hanyalah taqwa semata.

Maka semua penulis juga adalah asalnya sama di sisi Tuhan, sama ada seorang penulis novel, mahupun penulis berita di akhbar, mahupun penulis blog, mahupun penulis gosip di laman gosip, mahupun seorang pelajar tingkatan dua yang menulis cerpen yang tidak dibaca melainkan hanya oleh guru kelasnya. Juga sama, tetapi dibezakan di sisi Tuhan juga melalui taqwa. Maka penulis terhebat jagat maya bukanlah seorang yang  hasil penulisannya menjadi kegilaan ramai manusia, bukan seorang penulis yang hasil tulisannya terjual sehingga bermillion-million naskah, bukan juga seoarang yang menghasilkan sekalian banyaknya buku, bukan penulis yang hasil bacaannya terus dibaca selepas ribuan tahun, tetapi penulis terhebat jagat maya adalah seorang penulis dengan martabat paling tinggi di sisi Tuhan. Penulis yang dianugerahkan pahala atas tulisannya, yang diberikan redha Allah melalui bait-bait yang ditulisnya.

Bagaimanakah redha Allah itu boleh diperoleh melalui penulisan? Pertama sekali, atas setiap penulisan ada dosa dan pahala yang dibawa bersama. Dan ramai ‘penulis-penulis’ tidak menyedari hakikat ini. Kita mengira dosa itu terhasil dari arak, zina, dan judi, tapi kita pandang enteng akan penyebaran dosa melalui kata-kata. Mengapa kita tidak nampak bahawa penulisan boleh membawa kepada arak, zina, dan judi? Umat Islam zaman sekarang memang sudah tidak nampak akan banyak perkara.

Firman Allah,

“Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”(al-Isra’:32)
Penulisan boleh menjadi salah satu medium untuk mendekatkan diri kepada zina. Apabila majalah-majalah atau situs-situs menyebarkan penulisan tentang artis-artis dan kekasih-kekasih mereka bermesra-mesraan, tambah pula diletakkan sekali gambar-gambar artis-artis yang dikurniakan Allah rupa fizikal yang menawan,  mata kita jadi kabur, kita nampak ia sebagai keindahan yang harus dialami setiap manusia, maka ramai yang keluar mencari keindahan sedemikian rupa. Malah ramai cuba mencontohi teladan yang ditunjukkan melalui cerita-cerita yang mereka baca, bila artis keluar bercandle light dinner mereka pun mahu begitu juga, bila artis berpegangan tangan mereka mahu begitu jua, bila artis keluar menonton wayang bersama mereka mahu begitu juga. Malulah semua penulis yang terlibat dalam penyebaran amalan-amalan yang membawa menghampiri zina!

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami jadikan terasa indah kepada mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelumang dalam kesesatan” (27;4)

Malulah kita jika melalui penulisan kita menyebabkan masyarakat alah bisa tegal biasa dengan dosa. Celakalah kita jika tulisan kita menyebabkan anak-anak kecil tidak dapat mengecam lagi yang mana dosa yang mana pahala. Malulah kita jika kita menggambarkan dosa seperti keluar berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai sesuatu yang harus diraikan. Malulah kita menggambarkan keluar berparti-parti dalam suasana pergaulan bebas itu suatu yang ‘happening’. Malulah kita menggembar-gemburkan kehebatan filem-filem dari barat yang tak lain hanya merosakkan jiwa. Malulah kita menulis untuk membuka aib orang sehingga jadi umpatan dan fitnah yang tersebar. Malulah kita menulis perkara yang sia-sia sehingga yang membacanya ikut jatuh dalam kesia-siaan dan kelalaian dari mengingati Allah.

Belum pernah ada orang menyalahkan penulisan bila suatu2 dosa terjadi.

Oleh sebab itu kita tidak nampak melalui penulisan boleh membawa kepada dosa. Tapi kata-kata itu boleh menjadi ibarat racun perosak yang menghancurkan dari dalam secara diam-diam, menular bagai debu-debu anthrax yang tidak kelihatan di mata tetapi sangat berbisa. Kata-kata yang melalaikan dan menjauhkan manusia dari mengingati Allah bagaimana statusnya? Kita pasti ia tidak jatuh dalam perbuatan haram yang berdosa? Jika kita menulis sesuatu yang sangat menarik sehingga pembacanya tidak sanggup meletakkan bacaan tersebut hanya untuk 5 minit bersolat, maka kita tidakkah berkongsi dosa bersamanya?

Disebaliknya, kata-kata juga boleh menjadi ibarat penawar segala bencana. Bukan sedikit bacaan yang saya pernah baca yang membuatkan hati ini tersentuh, membuatkan hati ini terasa betapa kerdilnya diri ini di sisi Tuhan Rabbul A’lamin, yang membuatkan air mata ini mengalir tanpa paksa. Wahai betapa besarnya pahala pada setiap kata-kata yang menyebabkan pembacanya terasa ingin berlari ke pangkuan Tuhannya! Betapa tingginya martabat setiap tulisan yang membuatkan pembacanya jadi rindu pada Penciptanya, jadi ingin bersiap-sedia untuk menghadapi hari kebangkitan yang pasti, yang menyebabkannya rasa ingin lari jauh-jauh meninggalkan kefanaan dunia, yang menyebabkannya menjadi sayang kepada agama ini, yang menyebabkannya ingin menjadi sebahagian dari mereka yang berjuang, berkorban, dan terkorban di atas nama agama ini.

Maka itulah cita-cita agungku, Alif Rahman Hassan, yang mendambakan untuk menulis sebanyak-banyaknya kerana itu adalah dirinya. tetapi diri ini sangat khuatir kalau tulisannya akan menjerumuskan orang ke kelalaian dan dosa, sangat takut andai hasil tulisannya menjadi asbab kemurkaan Tuhan Yang amat dicintainya. tetapi diri ini juga sedih melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan kekeliruan dan rasa terpanggil untuk menulis, denagn sedaya upaya untuk menyentuh hati-hati manusia supaya kembali kepada kebenaran. Seandainya ada dosa di sebalik kata-kataku, semoga Allah ampunkan segalanya.

jumlah perkataan: 950

p/s: Cikgu Rahimah, minta maaf banyak-banyak, tersasar jauh dari limit 250 patah perkataan yang Cikgu suruh tulis.

0 Responses to “guru ibarat lampu jalan 3”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: