Guru ibarat lampu jalan ii

“kenapa cikgu ni tak faham2 lagi? kan saya dah kata, jangan cari saya lagi!! Saya tak mahu sekolah!”
Dan kepala cikgu rahim pun benjol akibat dihempas pintu tepat kena ke kepalanya oleh Alif Rahman.

Masuk hari ini sudah 3 minggu Alif Rahman tidak hadir ke sekolah. Rahim pun tak pasti apa puncanya, adakah Alif Rahman benci pada dia yg asyik ‘menyibuk’ hal peribadi para pelajar atau kah ada sebab lain. Rahim tidak percaya Alif Rahman tidak menghadiri sekolah kerana tidak minat lagi untuk belajar, dari rekod persekolahan para pelajar 5 aurora, Alif Rahman adalah antara beberapa pelajar dalam kelas itu yg ada menunjukkan usaha untuk menimba ilmu berdasarkan rekod pencapaian ujian dan melalui kerja2 rumah yg dilaksanakan dengan bersungguh2.Kalau betul ada sebab yang lain, Rahim cuba untuk mengenal pasti, kalau boleh rahim mahu Alif Rahman ke sekolah, kerana pada Alif rahman ada tersembunyi banyak rahsia, dan pada wajah penuh rahsia itu rahim dapat melihat ada pandangan jauh, ada kesedaran, ada cita2 yang tinggi.

SMS :’Assalamualaikum Alif rahman. Cikgu rahim lagi. Saya nak belanja awak makan lunch dekat Restoran Lampu Hijau besok. Jumpa di sana jam 1 tgh hari’

Dan besoknya RAhim termangu seorang diri di restoran Lampu Hijau sampai jam 5 petang.

SMS: ‘Assalamualaikum Alif Rahman. Cikgu ada dekat luar rumah kamu ni. Cepat buka pintu’

2 jam juga lah Rahim tercongok di luar rumah Alif Rahman sebelum kakinya lenguh dan dia terpaksa berputus asa.

Macam2 SMS lagi, tapi Alif Rahman bijak mengelakkan diri.

Walaupun kepalanya pernah dihempas pintu sehingga benjol oleh Alif Rahman, setiap hari selepas tamat sekolah, Rahim tetap datang juga ke rumah Alif Rahman untuk bersemuka dengannya, walaupun saban hari juga dia tidak dilayan. Setiap hari dia akan mengetuk pintu berulang2 kali, melempar batu ke bilik Alif Rahman, meninggalkan berbagai2 nota di muka pintu, berpura2 sakit perut dan sebagainya tetapi Alif Rahman adalah seorang yg degil.

satu hari, mungkin juga kerana Alif Rahman sudah tak tahan dan rimas dengan berbagai2 bunyi yg terhasil dari luar pintu rumahnya dia membuka juga pintu rumahnya dan bersemuka dengan Rahim.

“Kan saya dah kata, saya tak mahu sekolah, saya tak mahu sekolah lah! Kenapa nak datang sini juga. Potong je nama saya dari list pelajar, habes cerita. Cikgu nak apa lagi?. jangan nak suruh saya balek sekolah semula, saya tak mahu!!”

“Oh, tak. Saya nak bagi balek barang2 awak yg tertinggal di sekolah. Oh, saya dah kumpulkan juga semua barang2 peribadi awak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Saya fiker, kalau awak nak berhenti sekolah, lebih baiklah awak simpan semua barang2 peribadi awak ni, buat kenang-kenangan, manalah tahu, nanti di masa depan nanti awak cuba cari barang2 yg boleh ingtakan pada sekolah, atau nak tunjuk pada anak2 ke, sekurang2nya adalah benda awak boleh tunjukkan. Nah, ni dia semua. Ada banyak hasil kerja seni awak. Saya dah cuba kumpulkan semua hasil kerja seni awak dari sekolah rendah, tapi mungkin ada yg tak cukup. Semua lukisan2 awak, kraftangan dan karya2 awak semua saya dah kumpul. Haaa, yang ni mesti sangat istimewa pada awak, karangan yang ni, ‘Cita-cita agungku: penulis terhebat  jagat maya’, yg awak tulis masa tingkatan 2 dulu. Haa,…yg ni..”

Tak sempat rahim menyambung bebelan, Alif Rahman yg mula2 nampak acuh tak acuh tiba2 cepat2 mengambil semua barang2 peribadinya yg disusun kemas oleh rahim dalam sebuah bakul hasil anyaman Alif Rahman sendiri semasa darjah 3 dan menutup pintu lekas2 sambil berkata, “Lain kali tak payah susah2”

Rahim tersenyum. Akhirnya Allah Membukakan jalan. Sebelum beredar, rahim melekatkan satu lagi nota ke muka pintu yg berbunyi: ‘Saya tak akan padam nama awak dari list pelajar. Kembali lah ke sekolah bila2 masa sahaja. Jadilah penulis terhebat jagat maya. Insya Allah’

Rahim kembali ke kantornya di sekolah. Masih banyak lagi urusan yg belum selesai. Di atas meja Rahim, bergelimpangan rekod2 lama yg tertulis nama pelajar di atasnya “Alif Rahman bin Hassan”
Berhari2 Rahim menelaah rekod lama Alif Rahman. Dia sedar, kalau inginkan sesuatu dari seseorang, kalau ingin menyentuh hati manusia, hendaklah dia mengenali latar belakang manusia itu, hendaklah dia menyelidiki, hendaklah dia mengorek rahsia manusia itu, supaya manusia itu menjadi dekat padanya, supaya manusia itu jadi tidak asing pada dirinya, barulah akan mudah terbina tautan hati. Sepertimana untuk nenjadi dekat kepada Allah, hendaklah kita menjadi manusia yg dekat padaNya, mengetahui tentangNya, berusaha mengenali Dia dengan lebih mendalam, saban hari asyik mengingati Dia, asyik juga merindui Dia, saban hari merintih mengharapkan ampunan dan belas ihsan dariNya, supaya Dia juga Mengingati dan Merindui kita sentiasa.

Dari rekod lama Alif Rahman, Rahim mengetahui bahawa asal Alif Rahman adalah seorang pelajar yg sangat pintar dan cemerlang. Komen dari guru2 yg pernah mengajarnya kebanyakannya meletakkan Alif Rahman ‘above average’. sangat genius. terutamanya yg melibatkan seni dan penulisan. Alif Rahman sangat pandai menulis. Dia sentiasa berada di kedudukan yg baik setiap kali peperiksaan. dan ini terus dibawanya sampai ke sekolah menengah. tapi entah macam mana, semasa di tingkatan 2 dia telah melakukan satu jenayah yg menyebabkan dia dibicarakan dan dihantar ke sekolah tahanan remaja bermasalah selama setahun lebih sedikit. Di sinilah titik yg hilang dari pengetahuan rahim. Dia tidka pasti apakah kesalahan tersebut, yg tercatat hanyalah ‘kesalahan juvenil’. Selepas setahun lebih sedikit dia dibebaskan dari sekolah tahanan tersebut kerana berkelakuan baik dan tuduhan atasnya itu tak semena2 ‘digugurkan’, juga tidak ketahuan oleh rahim mengapa. Dia dihantar ke sekolah tempat Rahim mengajar sekarang, tanpa ada yg tahu latar belakang sebenar dirinya melainkan dia bekas pelajar ‘sekolah tahanan’. Oleh sebab itu, dia dimasukkan ke kelas 5 Aurora (waktu itu 4 Aurora lah ), kononnya untuk disekalikan dengan ‘pelajar2 bermasalah’ yang lain.

Jauh rahim merantau sampai ke bekas sekolah2 yg pernah Alif Rahman hadiri untuk mencari rahsia Alif Rahman dan juga untuk mencari tinggalan2 barang2 peribadi Alif Rahman. Untuk mencari barang2 itu tidak lah sukar kerana kebanyakan barang2/karya2 Alif Rahman banyak yg menjadi barang pameran sekolah atau disimpan dalam koleksi barang2 istimewa sekolah kerana tinggi dan istimewanya barang2 itu, cuma hendak mendapatkannya agak sedikit sukar. tetapi kerana Allah telah mengurniakan mulut yg manis kepada Rahim berjaya jugalah dia membodek dan mendapatkan sebahagian barang2 tersebut. Namun, rahsia ‘sejarah hitam’ Alif rahman masih tak dapat rahim rungkaikan, kerana peristiwa sebenar itu tidak diketahui juga oleh bekas cikgu2nya. Jelas sekali, peristiwa hitam ini tidak melibatkan sekolah atau kawan2 Alif rahman, jadi Rahim mula mengesyaki ianya adalah peristiwa yg melibatkan keluarga Alif Rahman. Satu rahsia yang tertutup.

Rahim amati barang2 Alif Rahman yg berjaya dikumpulkannya. Jelas, Alif Rahman adalah seorang pencinta seni, dan sangat rajin menghasilkan sekalian banyak karya2 seni. Dari sekolah rendah lagi. Bakul anyamannya sangat kemas dan kukuh,  menurut kata bekas gurunya, melangkaui kemampuan seorang pelajar darjah tiga, malah lain dari apa yg diajar oleh guru tersebut. Ada lukisan pemandangan gunung kinabalu yg dilukis waktu lawatan kelas darjah 4, sekali tengok seperti lukisan seorang professional, ada barang2 hasil ciptaan Alif Rahman seperti rumah melayu dari batang mancis, ada fenomena gunung berapi dari tanah liat, dan yang banyak sekali karya2 penulisan ALif Rahman berbentuk sajak, syair, pantun, gurindam, karangan, dan cerpen. Berhari2 juga masa yg rahim ambil untuk membaca semua karya2 ini, dan setiap karya Alif Rahman sangat mengejutkan dirinya, lantaran kerana tingginya nilai karya itu, dan dalamnya maksud setiap penulisan. Sukar juga untuk Rahim percayai semua itu hasil penulisan seorang anak muda yg mentah, tetapi karya2 itu memang ‘authentic’. telah digoogle nya tetapi tak dijumpai di mana2.

Akhirnya rahim sampai kepada saru karya tulisan Alif rahman ketika dia di tingkatan dua, tak lama sebelum dia terjebak dalam kesalahan jenayah. berikut adalah intipati karangan tersebut:

Hasil karya: Alif Rahman bin Hassan, tingkatan 2 Ibnu Sina (nama kelas)

Tajuk: Cita-cita agungku: penulis terhebat jagat maya

……………………

to be continued…

0 Responses to “Guru ibarat lampu jalan ii”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: