dilema fotografi seorang wanita islam

Bismillah hirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Amaran! Artikel ini mungkin menjadi sangat kontroversi. Haruslah membaca dengan hati yang terbuka, letak dahulu pendapat peribadi/ilmu fiqh yg anda tahu ke tepi sehingga tamat membaca artikel ini. penulis pula menimbulkan isu ini untuk menambah ilmu atas kesedaran kejahilan diri penulis, membincangkannya,dan bukan atas niat menegakkan benang yang basah.

Penulis adalah seorang pencinta fotografi. Sebenarnya bukan fotografi sahaja, penulis mempunyai kecenderungan yang besar terhadap seni; baik muzik, seni lukisan, dan penghasilan karya2, semuanya jatuh dalam ruang lingkup minat dan hobi penulis.

Mengapa penulis mencintai fotografi: kerana penulis menghargai nikmat kehidupan, bagi penulis setiap foto mempunyai cerita dan kisah unik tersendiri yang harus diabadikan. Kisah2 ini wujud atas suasana yg tercetus sewaktu foto dirakamkan: kisah suka, duka, tangisan, air mata, jerih payah kehidupan, kepelbagaian bangsa,kepelbagaian cita rasa, pengalaman mencuit hati, insiden yang hanya berlaku sekali, ragam manusia, warna warni kehidupan yg bila dirakamkan menjadi nostalgia yang tersemat indah buat selamanya, biarpun asal suasana gambar adalah kesedihan.

Keduanya, penulis gembira untuk berkongsi kegembiraan ini dengan orang2 yg penulis sayangi, iaitu ahli keluarga dan teman2 rapat. Penulis mahu nostalgia2 ini kita kongsikan bersama supaya kenangan2 ini tidak tinggal dalam sanubari penulis sahaja, sebaliknya kita ketawakan, kita senyumkan, kita tangiskan bersama2.

Dan ini, menjadi pencetus kontroversi kerana penulis menguploadkan gambar2 ini ke dunia maya, lebih spesifik lagi ke facebook.

Baru2 ini dan juga sebelum2 ini penulis menerima teguran. Jazakillah khair kepada yg menegur, tetapi penulis kecewa kerana teguran ini tidak lengkap, separuh2 sahaja (apa perinciannya? apa dalilnya?). Isunya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana dosa yang MUNGKIN timbul dari gambar2 yg diupload. Tak mahulah penulis berselindung2, lebih baik berterus-terang sahaja, isunya ialah dosa timbul apabila wajah2 wanita muslim diletak di alam maya dan dilihat oleh kaum lelaki sehingga menimbulkan perasaan2 yg tidak sepatutnya. Isu kedua adlah gambar2 yg diletakkan ada yg tidak sesuai untuk tatapan umum kerana ada aksi2 yg memalukan dan menjatuhkan maruah seorang wanita muslim.

jazakillah khair sekali lagi atas yg menegur, ia betul2 membuatkan saya berfikir dengan mendalam apakah selama ini saya telah menjebakkan diri dalam dosa. Nauzubillah hi minzalik, kalau benar begitu, tolonglah jelaskan kepada saya dengan mendalam, supaya tanpa teragak2 saya mengubah semuanya.

Sebelum itu, saya hendak menjelaskan mengapa saya menggunakan medium facebook untuk meletakkan gambar. Bertentangan dengan pendapat sesetengah orang bahawa facebook adalah satu dalang perosak keimanan orang2 Muslim, saye berpendapat sebaliknya, atau lebih tepat lagi saya berpendapat, facebook itu hanyalah sebuah alat, yg menentukan dosa pahala, peningkatan atau penurunan iman itu ialah bgmn individu menggunakannya.

Adalah salah sama sekali bagi yg beranggapan menguploadkan gambar di facebook seolah2 memberi peluang kepada seluruh dunia utk menatap gambar2 tersebut. kalau saya hendak berbuat begitu saya perlu mengupload gamba2 di website seperti flickr atau photopages di mana siapa2 yg mempunyai akses kepada alamat situs itu boleh menatap gamabr2 tersebut. atau lebih dahsyat lagi, kalau saya hendak gamba2 itu menjadi tatapan semua orang saya boleh menjualnya di banyak situs2 yg menyediakan khdimat penjualan dan pembelian gambar2. Tetapi tidak dengan facebook, kerana facebook menyediakan kapasiti untuk privasi yang bagus. Semua gamba2 yg saya uploadkan saya terhadkan untuk tatapan circle of friends saya sahaja, bermakna, hanya orang2 yg saya kenal pasti sebagai friends sahaja boleh mengakses gamba2 tersebut. malah page saya itu sendiri hanya boleh diakses oleh org2 yg saya luluskan sbg kawan2 saya sahaja, bukan utk tatapan sembarangan orang. Sebab itu saya memilih facebook, dan sebab itu saya tidak mahu membuka akaun di flickr dan sbgnya, atas dasar saya hanya mahu kongsikan gambar2 ini dengan kawan2 saya sahaja.

masalah timbul kerana dalam circle of friends saya ini bukan kawan2 perempuan sahaja. dan saya akui, perkara ini telah lama juga menghantui fikiran saya.

Saya akui juga, facebook dengan sangat cemerlangnya menyediakan option untuk kita memilih siapa yg layak untuk melihat gambar2 ini dengan pemilihan peringkat individu, maksudnya saya boelh pilih satu demi satu kawan2 yg saya mahu untuk dia tatap gambar2 ini. Tetapi oleh kerana kawan saya sangat ramai + keremehan + kemalasan + saya eprcaya kawan2 lelaki saya baik2 belaka + saya sangat percaya most of the time hanya org2 yg terlibat dalam gamba2 itulah yg akan plg bersemangat utk melihatnya dan tidak berapa menarik perhatian org2 selain mereka maka saya telah TIDAK menggunakan pilihan ini. InsyaAllah, selepas ini, selepas menerima teguran, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menggunakan option yg telah disediakan oleh facebook ini.

tetapi saya percaya, masalah berikutan tindakan ini akan timbul juga.

Masalah seterusnya yg ingin saya bincangkan ialah apa yg dikatakan sebagai gambar2 yg tidak ‘appropriate’. Pada saya isu ini sangat subjektif. Untuk isu2 yg subjektif begini, mana mungkin dapat saya puaskan hati semua orang? Orang yg menegur mengatakan ada gambar2 yg tidak layak menjadi tatapan umum, tapi bila saya lihat semula gambar2 yg saya uploadkan bisikan hati saya mengatakan ianya adalah ‘ok’. Percanggahan ini tidak lain adalah kerana apa yg ‘ok’ di mata saya mungkin ‘tidak ok’ di mata orang lain. Walaupun begitu, saya tetap gugurkan beberapa keping gambar yg saya rasakan ‘mungkin tidak ok’ di mata2 individu2 tertentu. (ni dah jatuh tak ikhlas ni eh?)

Untuk rekod, gambar2 yg saya rakamkan pada hari raya yg baru berlalu sahaja berjumlah hampir 400 keping semuanya. tetapi yg saya uploadkan berjumlah sekitar 100 keping. 3/4 telah saya gugurkan. kebanyakannya adalah kerana kualiti gambar yg teruk, tetapi banyak juga saya gugurkan kerana mmg tidak layak disiarkan kerana ternampak aurat ataupun terdapat aksi2 yg berlebihan (sama ada yg disengajakan mahupun yg tidak disengajakan). Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada org2 lain, baru2 ini saya ada terjumpa beberapa keping gambar saya yg tidak menutup aurat dengan sempurna, diuploadkan ke facebook oleh orang lain, ada antaranya menyebabkan saya benar2 terkejut kerana saya tidak sangka orang itu tergamak menguploadkan gambar seperti itu.

Nah, di sini orang boleh menggunakan hujah saya ini sendiri untuk melibas saya kembali. kalau saya boleh merasa begitu tersinggung atas gambar2 saya yg diuploadkan oleh org lain, maka adakah saya tidak memikirkan perasaan org lain tatkala saya menyiarkan gambar mereka?

Sebagai manusia biasa yg penuh kejahilan dan kelemahan, saya akui mungkin saya ada terlepas pandang isu ini. tetapi saya telah berusaha untuk memilih gambar2 sebaik mungkin, Soal aurat ini menimbulkan dilema yg agak dahsyat juga pada saya. tetapi jika saya hendak memilih gamba2 individu2 yg betul2 menutup aurat dengan sempurna, maka beberapa keping sahajalah yg akan terupload. Ini adalah kerana individu2 sendiri banyak ATAS PILIHAN sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Contohnya ada yg memang tidak memakai tudung atau memakai lengan pendek atau tidak melabuhkan tudung, jadi tolong beritahu saya apa saya harus buat? Jika saya gugurkan gambar2 mereka, maka terhilanglah niat asal saya yg mahu berkongsi kisah asam garam kehidupan dengan teman2 rapat. Seterusnya tologn jelaskan aksi bagaimana yg dikatakan sebagai ‘tidak appropriate’ kerana sememangnya saya jahil tentang ini. adakah aksi yg paling maksimum yg boleh diletakkan adalah senyum sahaja? adakah apabila ada sedikit sahaja aksi pergerakan dalam gambar itu seperti membuat peace atau melambai tangan maka ianya jatuh tidak appropriate?

seterusnya melalui pembacaan terhad saya, banyak pandangan2 individual baik dari lelaki mahupun perempuan mengatakan tidak boleh menguload gamabr2 wanita untuk tatapan umum kerana jika menimbulkan perasaan2 dan keinginan2 yg bukan2 dari lelaki yg melihat maka di situlah terbitnya dosa. Maka adakah ini bermaksud tidak boleh langsung meletakkan gambar2 perempuan? Adakah ini bermaksud dengan menguploadkan satu gambar perempuan jatuh dosa ke atas si pengupload gambar biarpun tidak diketahui sama ada gambar itu dilihat lelaki atau ada menimbulkan perasaan2 begitu?

soalan saya, bagaimanakah kita boleh pasti ITU yang akan berlaku? saya setujui mencegah itu yang terbaik, tapi dalam konteks fotografi di manakah kita letakkan garis pemutusnya? adakah tidak boleh meletakkan langsung gambar kerana dikhuatiri ada orang lelaki yg gatal miang akan mendownload dan menyimpan gambar perempuan yg dia sukai atau ada yg akan asyik menatap wajah yg sama berulang2? bagaimana jika sebenarnya tidak ada yg berbuat begitu, malah tidak timbul pun isu2 seperti ini? adakah kita menidakkan fotografi perkongsian gambar atas perkara2 yg belum pasti berlaku?

Kata orang, susah2 tinggalkan sahaja hobi ini demi menjaga iman, tetapi saya rasa kalau aya tinggalkan hobi ini dan diamkan diri takkan menyelesaikan isu umat. Akan ada orang2 lain yg terus menerus menguploadkan gambar2 ‘tidak appropriate’ lagi, maka saya ingin menggunakan peluang ini untuk bertanyakan pendapat, dan meluaskan ilmu mengenai fiqh fotografi dalam islam. Minta tlg siapa2 yg arif sila tampil ke hadapan dan beri penjelasan, kerana islam itu indah, dan Allah suka akan keindahan. Dan keindahan ini sukar ntuk dibuang dari diri manusia, baik si kafir, mahupun yg beragama islam.

Saya ada juga cuba2 mencari maklumat mengenai status fotografi dalam islam, dan saya dapati terdapat banyak khilaf. Ada ulama yg mengharamkan terus fotografi, ada ulama yg mengatakan ia harus selagimana niatnya bukan untuk dosa atau keburukan. Ada juga ulama mengatakan haram mengambil gambar yg tidak menutup aurat, ttp saya tidak jelas, adakah haram secara total, maksudnya tidak boleh ambil gambar kawan2 yg bukan beragama islam sebab of courselah mereka selama2nya tak akan menutup aurat dan gambar kawan2 muslim yg tidak menutup aurat, ataukah hanya haram apabila gambar tidak menutup aurat ini hanya kepada mereka yg sebenarnya menutup aurat di luar gambar itu?

sekali lagi, saya rasa sudah tiba masanya untuk org2 yg arif janganlah menyembunyikan diri lagi dan mengambil sikap menegur separuh2 jalan sahaja dan menyebabkan orang2 yg jahil hukum agama seperti saya terus terpinga-pinga.

sekali lagi, bukan cuba untuk menegakkan benang yang basah.

dan minta maaf juga sekiranya artikel ini mengguris hati siapa2, niat saya tidak lain adalah untuk membetulkan apa yg salah, sama ada di pihak saya sendiri atau di pihak orang lain, cuma mungkin cara saya yg kasar dan sinis ada menggurisi hati sesetengah orang. that is just me. terimalah kelemahan diri ini.

*plan tindakan kepada siapa yg cerdik IT (bukan saya, saya lemah bab2 IT ni):
Ada yg bagi cadangan wujudkan network sisters sahaja di facebook supaya kelak gambar2 ini boleh diakses oleh org2 yg berada dalam network ini sahaja, dengan itu menendang keluar hak semua lelaki2 dari menatap gambar2 ini, but does that really solve the problem?
Bagaimana jika ada network member memilih untuk mem’public’ kan gambar2 ini? adakah ia menimbulkan dosa kepada si pengupload?

Peringatan(tazkirah) buat diri sendiri:
Semasa di zaman seorang khalifah islam (dah tak ingat dah sapa), ada seorang tukang jahit menanyakan kpd seorang ulama (tak ingt jugak) ttg statusnya yg bekerja sebagai tukang jahit kpd seorang yang zalim, maka adakah dia terjatuh dalam kategori orang yg zalim juga? Jawab ulama itu, bahkan yg menjual jarum kepadanya juga jatuh dalam kategori orang yg zalim.

MasyaAllah, Astagfirullah, Nauzubillah hi min zalik.

Adakah status tukang ambil gambar dan pengupload gambar sama seperti status tukang jual jarum? Minta tolong beri penjelasan supaya kita sama2 membersihkan diri dari dosa dan siksa neraka Allah s.w.t.

2 Responses to “dilema fotografi seorang wanita islam”


  1. 1 hanan September 23, 2009 at 8:06 pm

    i’ve read about this once..when I didn’t have a facebook account. So at that time, it wasnt really applicable to me. but when i did open up an account, i totally forgot/couldnt be too bothered about it. just before i open up this post on ur blog, the issue did kind of crossed my mind. and as soon as i understood what this post was about, i edited my privacy profile. though i couldnt be bothered to really read the whole post one by one, i get ur message. Jazakillahu khair for the reminder.

    i didnt deleted my photos though.. i created a new group of friends, and put all the guys in that group. then for my pictures, i made the settings to be: can be viewed by all friends except …(that group of guys). It does save time. Hope i havent missed out on anyone though. .

    again, jazakillahu khair

  2. 2 hanan September 23, 2009 at 8:08 pm

    oops..baru sedar tak menjawab apa2 persoalan yang awak ajukan.. maaf..huhu😉


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: