Dan perhatikanlah makananmu!

Di dalam Al-Quran Allah menyebutkan berkali-kali peringatan dan pesanan untuk kita ‘memerhatikan’ makanan kita. Mengapa Allah Menyuruh kita berbuat begitu? Apakah yg begitu besar dan penting yg ada pada makanan sehingga perlu untuk kita perhatikan?
Saya tidak tahu tafsir sebenar kepada ayat ini.
Tetapi semenjak dua menjak kebelakangan ini saya banyak berfikir tentang makanan, sementelah sekarang ini bulan puasa dan tidak lama lagi hari raya akan tiba, soal, perbincangan, perdebatan, perkelahian, musyawarah mengenai makanan ini memang sangat giat berlangsung setiap hari.

Saya banyak menulis tentang tips2 dan pengalaman saya untuk menurunkan dan menjaga berat badan, di bawah tab “life”. Saya akui, saya mulai menjadi cerewet mengenai soal makanan ini sebaik mengetahui dengan mendalam tentang persoalan makanan. iaitu makanan mana yang baik untuk tubuh dan kesihatan, dan makanan mana yang tidak elok utk tubuh. Sebelum itu saya tidak pernah fikirkan soal makanan, saya makan sahaja apa2 yg saya rasakan sedap. Ditambah dgn minat dan kecenderungan saya kepada makanan2 berlemak dan manis, dalam masa singkat sahaja saya mula berasa hairan, mengapa berat saya bertambah dengan mudahnya jika saya tidak bersenam? Mengapa ada kawan2 saya yg beratnya tak pernah2 berubah pun?

Saya mula menyemak apa yg saya makan dan membuat homework, saya mulai mengappreciate apa itu kalori dan kilojoule. Juga perbezaan besar anatar saturated fat dengan unsaturated fat. Makanan yg mana tinggi kolesterol yang mana rendah kolesterol. Belajar apa itu ‘low dan high GI food’. Maka saya membuat perubahan besar dalam pemakanan saya. (Sila rujuk tab “life” untuk detail lebih lanjut) Kini berat badan saya stabil dan tidak lagi mudah naik mendadak dalam masa yg singkat, hanya dengan mengawal pemakanan! Iaitu saya mengenal pasti makanan bagaimana baik utk tubuh i.e. tidak tinggi lemak, gula, etc. Lebihkan buah2an dan sayuran, tinggalkan makanan tidak elok seperti instant noodle (sangat tinggi saturated fat!!), kawal ‘craving’ dan sebagainya.

Baru-baru ini saya telah ditrigger untuk berfikir, jika impak makanan yg kita makan begitu besar terhadap jasad fizikal kita, maka pasti, dan amat pasti, makanan yg kita berikan kepada jasad roh kita juga mesti mempunyai impak yg besar terhadap iman. tidakkah begitu?

Dalam hidup ini, segala yg berlaku pasti ada sebabnya. Begitu juga untuk mendapatkan kesejahtreaan iman, mesti ada sebab nya!
Iman bukan diperoleh seperti dialog2 dan adegan2 cliche dalam drama2 Melayu separuh islam separuh barat, yg mana iman itu diperoleh tiba2 sahaja hanya disebabkan satu insiden berlaku, selalunya kemalangan atau kematian orang yg tersayang. Apa impaknya kepada masyarakat? Ia menyebabkan kita semua PERCAYA bahawa iman itu haruslah DITUNGGU sampai Allah beri pada kita. Memang betul ada banyak firman Allah yg menyebut bahawa petunjuk Allah itu diberi hanya kepada orang yg layak, tetapi ini tidak bermaksud kita tidak perlu berusaha!

Perhatikan makanan. Sepertimana makanan yg tidak elok boleh membawa mudarat kepada tubuh, begitu juga makanan hati atau makanan iman. Jika kita asyik suapkan benda2 yg tidak elok kepada hati kita, maka rosaklah ia, dengan cepatnya. tetapi jika kita sentiasa memberi makanan yg baik kepadanya dan menolak makanan yg buruk2 insyaALlah akan terpeliharalah iman kita.

Kata2 seorang kakak beberapa tahun lalu masih terngiang2 lagi di telinga saya, ” Untuk berubah menjadi baik, yang pertama haruslah menolak dan membuang segala jahiliyah dalam diri”

Memang benar kata kakak ini, kalau kita berterusan terbelenggu dalam perkara2 jahiliyah (selain dari islam) yang melalaikan dan merosakkan, contonhya lagu2, movie2, website2, gambar2, aktiviti2, bagaimanakah hati kita akan jadi baik?. Analoginya seorang yg gemuk yg cuba menguruskan badan, jika berterus2an makan makanan2 yg menggemukkan, akan jadi kuruskah dia?

Wallahua’alam bissawab. Perhatikanlah makanan jasadi, tetapi yg terlebih utama, perhatikanlah makanan ruhi. Buanglah yg buruk, dan gantuilah ia dengan segala yg baik2 sahaja. Susah. Memang susah.
Sesungguhnya ALlah melihat usaha, bukan natijah.

Selamat berbuka puasa.

Azam saya Ramadhan ini ialah untuk cuba membuang segala jahiliyah sedaya upaya supaya hati saya akan bergemerlapan seperti permata yang bersinar terang. Amin.

“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya” (80:24)

0 Responses to “Dan perhatikanlah makananmu!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: