Cerpen: Guru ibarat lampu jalan

masuk kali ini sahaja sudah dua kali Rahim dipanggil ke bilik pengetua. Alasannya sama: ditegur kerana suka mengajak para pelajar melakukan aktiviti luar kelas yang tidak perlu. sejak pertama kali menjejaki sekolah ini dengan gelar guru mata pelajaran fizik, dia sudah perasan ada mata2 yang tidak senang dengan perubahan2 yang cuba dibawanya. hai..susah juga nak jadi cikgu ni, bukan setakat menghadap kerenah budak2, malah orang2 tua bangka juga.

Rahim melangkah menuju ke kelas 5 Aurora. Ini lagi satu masalah, kelas ini bukan calang2 kelas. Terlalu ramai manusia2 hebat dikumpulkan dalam kelas ini. Ada kaki pukul, ada kaki ponteng sekolah, ada mat romeo, mat lembut pun ada. Rahim tidak kisah ditempatkan di kelas ini, malah dia sangat2 bersyukur kepada Allah s.w.t kerana ditempatkan di kelas ini kerana pada dia, inilah peluang dan ruang yang cukup luas yg Allah bukakan untuknya bagi menyeru dan membetulkan anak-anak hebat ini, supaya mengalirkan kehebatan mereka di tempat yg betul. malah rahim memang menantikan cabaran ini, supaya dia dapat menolak dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh sampai dia tidak larat, untuk menegakkan kalam Allah, untuk menyemaikan benih iman, untuk mendorong manusia sama2 bergerak di atas siratal mustaqim.

2 hari lepas Adnan melempar botol tepat kena pada kepalanya.nasib botol plastik air mineral. Minggu sudah nyaris2 dia tersembam ke lantai semen akibat Abu yg tiba2 tidak ada angin tidak ada ribut menjulurkan kakinya sewaktu rahim sedang bergerak dari depan menuju ke belakang kelas. Bulan lalu dia terima surat dari ‘teruna misteri’ yang ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan dirinya. Tak perlu bersuluh pun rahim tahu itu tulisan siapa.

Cumanya Rahim lega, sikap anak2 ini bukan ditujukan pada dia seorang sahaja, malah cikgu2 lain juga. Tapi Rahim kecewa, guru2 lain kebanyakannya sudah berputus asa dengan anak-anak ini. ramai yang buat acuh tidak acuh sahaja terhadap mereka. kalau homework tak dibuat dibiarkan, kalau gagal ujian bulanan pun dibiarkan, kalau ada wajah tak muncul2 tak dipedulikan, kalau ada yg nak tidur, nak bersms, nak keluar ke tandas tak masuk2 balik, nak dengar ipod, nak melukis, nak menyanyi, nak apa pun sewaktu kelas berjalan dibiarkan sahaja. Ini tidak lain tidak bukan kerana mereka tidak peduli akan masa hadapan anak-anak ini. Mereka cenderung menumpukan perhatian pada anak-anak dalam kelas2 cemerlang, dididik, dibelai, diasuh ibarat menatang minyak yg penuh. Bagi kelas 5 Aurora, mereka pulangkan apa yg berlaku terhadap anak-anak itu sendiri, kata mereka, “Dah diorang yang tak nak belajar, buat apa kita susah2 paksakan juga” atau “dah diorang memang nak menjahanamkan masa depan sendiri kita nak tolong macam mana?”

rahim bersabar. Dia tahu, batu yang keras kalau dititis air setitik demi setitik lama2  batu itu lembut juga. Lagipun Rahim sudah alah bisa tegal biasa dalam dunia menyeru dan mengajak manusia kepada kebaikan. Dia sudah tidak kenal erti putus asa. Kerana Rahim tahu, usaha menyeru ke arah kebenaran itu hukumnya wajib, dan dia juga tahu, sesungguhnya hati-hati itu dipegang oleh Allah s.w.t, dan dia yakin kalau dia berusaha keras pasti pertolongan Allah akan sampai, bukankah Allah telah berfirman “Fainnamal us riyusro” ? Dia pasti, pada setiap kesusahannya yg sedang dia tempuhi ini pasti akan ada bantuan dari Yang Maha Mencipta.

Maka atas dasar itulah, pada setiap qiyamullail nya, rahim tak henti2 merintih dan berdoa kepada Sang Kekasih, agar melembutkan hati anak2 ini, agar Sang Kekasih bersimpati kepada dirinya dan kepada diri anak2 ini. Dia juga berdoa, dan berjanji kepada Sang Kekasih dia akn berusaha dan terus berusaha membentuk dan mendidik anak2 ini sehingga mereka akan jadi cemerlang, malah sampai menjadi pejuang2 fi sabilillah yang bahkan lebih hebat dari dirinya sendiri. Demikianlah doa Rahim saban malam tak kenal henti. Sungguh rahim percaya doanya akan didengari dan akan dikabuli. dan apabila mereka bertanya tentangKu, maka katakanlah bahawa Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang2 yg berdoa apabila mereka berdoa. hendaklah mereka memenuhi perintahku, dan beriman padaKu, mudah2an mereka diberikan petunjuk” (2: 186)

————————————————————————————————————————————————————————–

Petang itu rahim menerima pelawaan Cikgu Din untuk membawanya berjalan2 ke tepi pantai. Sebelum2 ini pun sudah ramai cikgu2 lain mempelawa untuk menunjukkan tempat2 menarik di kawasan ini, cuma masa sahaja yg selalu tidak mengizinkan. tapi petang itu beria-ria benar Cikgu Din mengajaknya, siap nak belanja makan Ikan bakar dan otak2 lagi. Maka tak dapatlah Rahim menolak kerana dia pun sudah lama teringin benar nak makan otak-otak percuma.

Lewat petang itu mereka bersembang2 di pesisir pantai. Rupa2nya cikgu Din ada soalan terbuku yang sangat2 ingin ditanyanya kepada Rahim.

“Dari mana kau dapat semangat yg sangat tinggi untuk mengajar?”
“Semangat yg tinggi? Tak adalah semangat sangat, biasa2 sahaja. Sama macam cikgu2 yg lain juga”
“Tak, kau lain dari cikgu2 yg lain. Kau tahu, kau lah satu2nya cikgu yang mampu bertahan dengan perangai budak2 kelas 5 Aurora tu. Cikgu2 lain tak sampai 2 minggu dah luntur semangat dah nak mengajar mereka. Tapi kau tidak! sudah 3 bulan aku tengok kau masih bersemangat lagi, kadang2 aku tengok budak2 tu pun dah mula naik hairan, sebab mereka dah biasa dengan cikgu2 yg tak pedulikan mereka, bila kau tak putus2 mengajar mereka dengan semangatnya, aku lihat mereka pun mula tercengang. Apa rahsia kau?”
“Betulkah kau mahu tahu?”
“Iya, betul aku mahu tahu. Sebab aku tak faham, kenapa kau bersemangat sangat membuat sesuatu yg aku rasa sia-sia. Budak2 tu memang dah tak ada masa depan rahim, mereka tak ada semangat untuk belajar, asyik bergaduh, asyik digantung sekolah, malah ramai yg dah dibuang pun. Mereka tak pedulikan diri mereka sendiri rahim, mereka cuma mahu sijil SPM supaya senang dapat kerja, itu sahaja. Kenapa kau beria-ria sangat nak menolong orang2 yang tak mahu ditolong ni? ”
“Baiklah, kalau kau mahu tahu, rahsianya ialah sebab aku belajar dari burung pipit”
“Haa????”

“pernahkah kau dengar kisah burung pipit wahai Din yang budiman? Biar aku ceritakan. Kisah ini tentang burung pipit pada zaman nabi Ibrahim. Aku pasti kau tahu kisah nabi ibrahim cuba dibakar oleh kaumnya kerana asyik menegah mereka dari menyembah berhala malah mengutuk2 dan merosakkan pula berhala2 mereka itu.  Maka mereka pun menyediakan api yg sangat besar dengan Nabi Ibrahim diletakkan ditengah2 api yg marak itu dengan tujuan supaya baginda akan terbakar dan musnah. Tapi dengan izin Allah, menjadi sejuklah api itu dan Nabi Ibrahim pun terselamat. Itu kisah yg kita semua tahu. Tapi tahukah engkau, sewaktu api sedang marak menyala dengan gahnya, di atas kepulan asap yg menjulang, ada seekor burng pipit yang sangat kecil berulang2 kali lalu di atas api itu sambil menuang air yg dibawa dalam paruhnya yg kecil. ini dilakukannya berulang2 kali tanpa jemu dan tanpa lelah. haiwan2 lain berasa hairan lalu bertanya apa tujuannya berbuat begitu, bukankah mustahil api itu dapat dipadamkan dengan air sesedikit itu? Senang sahaja jawab burung pipit, “Sekurang-kurangnya, jika aku ditanya di hadapan Allah kelak tentang apakah yg aku lakukan sewaktu Nabi Ibrahim dibakar aku boleh katakan bahawa aku sudah pun berusaha”..

to be continued..

p/s: yes, you are right this is definitely cerita Gokusen yang telah diislamkan. =)

0 Responses to “Cerpen: Guru ibarat lampu jalan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: