An interesting sexual day (Hari seksual yang menarik)

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini saya telah melalui hari-hari seksual yang indah, dan hari ini ia jadi lebih menarik lagi.
Nop, I was not sexually assaulted, nor did i engaged in any sexually pleasing activity.
I attached myself to the family planning unit, to get a little a taste, and a clearer sensation of the other side: dunia orang kafir dalam hal-hal berkaitan seksual, mencegah kehamilan, mengurus penyakit2 kelamin yang berlunggun-lunggun, mencegah kanser servik daripada berlaku, dan menyelesaikan masalah rumah tangga orang.

Today I joined the sexual education session held at Whitebridge high. Nak cari sekolah tu je dah setengah nyawa. On map, the journey shud be mere 20 minutes. But because I was well aware of the possibility of sesat-larat + my inapt inability to understand the math and physic of roads and junctions +  my rich experience of getting lost, I went out 40 minutes earlier than the scheduled time. And yet I was still 5 minute late. dan saya juga merasai diri ini sungguh bijak kerana mengisi tangki minyak sebelum bergerak. Kereta mampus di tengah2 jalan yang tidak familiar adalah perkara terakhir yg saya mahu berlaku di bulan ramadhan ini.

sampai di sekolah sesi sexual belum bermula, maka saya telah menonton budak2 sekolah ini menari, kerana itu sebahagian aktiviti kurikulum mereka hari ini. Mereka menari latin dan salsa. Saya lihat mereka, mereka lihat saya. Kenapa perempuan bertudung yg tidak dikenali ini ada di sini menonton kami berjoget? Dalam hati saya menyeranah, “What **** am I doing here?”  Out of place sunggoh.

Sesi sexual education bermula. kali ini mereka buat pendekatan yang berbeza, instead of datang ceramah2 tentang seks kali ini mereka menjawab soaln2 yg budak2 ini tanya terlebih dahulu beberapa hari sebelum ini dalam bentuk email. maka mereka datang utk menjawab keraguan-keraguan yang bersarang ini. Sebelum itu saya hendak describe budak2 ini dan buat perbandingan dgn budak2 malaysia.
Mereka tingkatan 3 (year 10), kebanyakan budak perempuan overweight, alahai, kesian. Budak2 lelaki normal size.
Mereka ada uniform sekolah, tetapi mereka tidak ada peraturan terhadap rambut, kasut, stokin, mahupun warna kuku. Bebas. Saya pasti kalau mereka bersekolah di malaysia pasti banayk dari mereka rambutnya akan dicantas, kasutnya akan dibakar, dan kukunya membuatkan banyak cikgu pengsan.
Mereka sangat terkehadapan dalam soal bertanya dan bersoal jawab, belum sempat sesi Q&A dibuka begitu banyak soalan sudah bertalu2 keluar, ini tidak banayk dilihat di kalangan budak2 Malaysia.
Percampuran bebas sangat bebas. Antara ellaki dengan perempuan.

Antara soalan2 yang ditanya yang mana sempat saya ingat ialah:
1) Does condom work under water?
2) Will a woman get pregnant if she is in on top position?
3) Can a woman get pregnant is she is already pregnant with another guy’s child? (boleh, kalau dia ada 2 uterus)
4) How long does orgasm last?
5) How do you prolong orgasm?
6) How much is too much?
7) Why do men have red line under their penis? (what the…?)
8) what is IUD?
9) Does Implanon prevent from sexually transmitted disease?
10) Who looks better? A naked man or a naked woman? (why is this a sexual question?)
11) What do you do if you found two people about to have sex in your house/room?

dan beberapa soalan lagi yg gagal saya ingati. kesimpulan dari solan2 ini menunjukkan darjah pengetahuan mereka yang begitu tinggi dalam ilmu seksual sehinnga tidak ada soalan basic yang ditanya. Ini saya percaya tidak jauh bezanya dari budak2 malaysia. Ilmu senang dicari. tapi di sini, legal age to have sex ialah 16. Sexual education seperti ini bukannya untuk proses mematangkan budak2, bukan juga setakat mencegah diri dari diambil kesempatan, sebaliknya untuk mencegah daripada merebaknya penyakit2 kelamin dan kehamilan mengejut. maksudnya di sini budak2 ini telah melangkah lebih jauh ke dunia practicality. Pelaksanaan. dan pelaksanaan ini bukan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa atau pengambilan kesempatan, tetapi dalam bentuk mutual consensus. yang dibenarkan di sisi undang-undang. (syarak bagaimana?)

Team family planning terpaksa menekankan dan mengulang berkali-kali  isu seks ini haruslah dipersetujui kedua-dua belah pihak, apakah yang diklasifikasikan sebagai sexual assault, haruslah memakai kondom semasa melakukan seks, di mana mereka boleh mendapatknan kondom percuma, harus pandai2 mencegah diri daripad termengandung dan terkena penyakit kelamin. Ini ditegaskan berkali2 kerana budak2 ini at the brink, tunggu masa sahaja  untuk melakukan hubungan seksual yang legal.

Petangnya saya pulang ke gagang, iaitu ke klinik family planning untuk menghadiri drop in clinic. drop in clinic adalah clinic yg dibuka utnuk muda remaja berumur 24 tahun ke bawah. mereka datang ke klinik ini (sekejap clinic sekejap klinik) tanpa perlu membuat appointment. datang dan dilayan berdasarkan fisrt come first serve, last come padan muka kena tunggu.

daripada 10 orang yang sempat saya observe, 3 datang kerana positif Chlamydia test. Positif ujian penyakit kelamin. Tu dia. 30%.
1 daripadanya hendak saya highlight kan di sini buat renungan kita semua. budak ini baru berumur 17 tahun, lahir tahun 1992. Dia datang dengan keputusan positif Chlamydia buat kali kedua. Yang pertama tahun lepas, iaitu 16 tahun, tahun pertama dalam hidup dia seks dibenarkan di sisi undang2. Tahun lepas dengan boyfren yang lain, kali ini dengan boyfren baru berumur 19 tahun. Penat doktor tu berleter dengan cara paling berhikmah pernah saya lihat, walaupun selepas itu doktor itu mengakui kepada saya dia ada rasa seperti ingin mencekik sahaja budak itu semasa consultation kerana masih tak paham2 bahawa masalah yg dialaminya ini sangat serrius. kau tahu tak? Serius!! Di mata saya budak ini memang tak berapa tangkap apa yg dah berlaku dalam hidup dia. Dia masih rasa ok2 saja.

Dia tak tahu chlamydia boleh membawa kepada pelvic inflammatory disease yg boleh membawa kepada banyak lagi komplikasi2 lebih besar seperti total damage to the uterus dan ovary (inflamasi, melekat2 dan hancur) yakni membawa kepada kemandulan, boleh menyebabkan sakit perut yg teramat sangat, pendarahan yang teruk, sepsis yg boleh menjalar membawa kematian. Tidak. Dia tidak dapat menghargai fakta2 ini. Cuma bila diberitahu bahawa risiko tidak mampu hamil meningkat seiringan denagn meningkatnya pengulangan jangkitan Chlamydia, keningnya sedikit terangkat.

yang lebih sedih, at the end of consultation, bila doktor tanya adakah dia hendak beli antibiotik (azythromycin 1 g (2 tablets 500 mg)) dari klinik family planning ini dia memeriksa walletnya dan berkata, “ah, nasib baik saya bawa health care card mak saya!”
Ya Rabbi. Budak ni tak punya duit pun untuk membayar antibiotik yang berharga 20 dollar itu. dan masih bergantung hidupnya pada mak dan ayah. saya wonder, mak ayah budak ini tahu atau tidak anaknya ini telah dihinggapi penyakit kelamin dua kali dalam temph setahun setengah?

Untuk budak ini, saya telah merekacipta sebuah pantun (dibantu oleh osmate2 tercinta):
Pak Mat hendak pergi ke pasar,
pergi ke pasar membeli tayar,
Duit antibiotik pon kau tak mampu bayar,
Tapi dah dua kali kena Chlamydia (*bagi bunyik ‘diar’ instead of ‘dia’ untuk rhyme kan)

Saya tak hendak bersikap prejudis terhadap budak ini. Lagipun bukan salah dia. Bukan salah ibu mengandung juga. Sekadar renungan.

Kes2 lain:
-pap smear
-Bleeding in the middle of the ‘the pill’ pack, not on sugar tablets, prolonged up to 3 weeks
-Pelvic inflammatory disease
-request for test of Chlamydia
-Labial cyst
-primary herpes – on mouth
-positif chlamydia
-positif Chlamydia

untuk rekod, hari isnin yg lalu saya telah mennyaksikan a real life sexual health consult on real sexual problem. Best betul . Masa 3rd year belajar teori, praktis denagn kawan2 berlakon jadi pesakit, masa exam interview simulated patient. kali ni betul2 punya real prolblem. Terima kasih lah kak, kerana begitu sporting sekali membiarkan saya tercongok di situ mendengar rahsia rumah tangga akak. Jasamu dikenang.

Sekian sahaja. tambahkan ilmu, iman, amal, dan luaskan penggunaan pancaindera untuk dinobatkan penggunannya di jalan Allah.
Owh, kurangkan menyeranah.

0 Responses to “An interesting sexual day (Hari seksual yang menarik)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: