Membebel-bebel

Ada satu sebab kenapa menghadiri lecture ethics di bumi Australia ini agak memualkan bagi saya. Fakta-fakta yang diberikan selalu membuatkan kepala saya pening-pening dan mabuk laut. Kalau bukan sebab ianya adalah compulsory, adalah lebih baik saya menaiki kapal dan betul2 mabuk laut daripada mabuk laut di tempat yang tak ada laut.

Baru-baru ini lecture ethic adalah mengenai status dan etika seorang doktor dalam memprescribe contraception (pencegah kehamilan). Ringkasnya, mengikut undang-undang Australia, terdapat sedikit percanggahan (maka di sinilah saya menjadi pening):
1) Untuk wanita berumur 14 tahun ke atas, doktor boleh memprescribe contraception kepada wanita ini tanpa perlu merujuk kepada ibu bapa atau penjaga wanita ini, dan sekirannya diminta oleh wanita ini untuk dirahsiakan tindakannya itu daripada ibu bapanya maka doktor tersebut harus menghormati dan menunaikan kehendaknya ini. Pelanggaran hak consent dan confidentiality ini boleh menyebabkan pendakwaan di mahkamah.

2) Masalahnya, mengikut satu lagi undang2, seorang wanita hanya boleh dengan bebas mengadakan hubungan seksual tanpa campur tangan ibu bapa hanya setelah berumur 16 tahun, maksudnya jika seorang doktor mendapati pesakitnya yang berumur 15 tahun telah mengadakan hubungan seksual dengan seseorang dan menghidapi penyakit kelamin (Sexually trasmitted disease) maka tidak dianggap melanggar hak consent dan confidentiality terhadap wanita itu sekiranya doktor itu memberitahu kedua orang tuanya.

Maka kalau digabungkan kedua2 premis di atas ianya menjadi ebgini:
Seorang wanita tidak boleh membuat hubungan seksual sebelum berumur 16 tahun tetapi boleh mendapatkan contraception setelah berumur 14 tahun.

————————————————————————————————————————

Dunia barat atau mana-mana dunia yang bersifat sekular selalu menyangka mereka boleh ‘mengawal dosa’ manusia melalui undang-undang. Saya tidak hendak mendebatkan benar-benar terbuktikah undang-undang ini berjaya atau gagal mengawal dosa manusia. Benda-benda yang subjektif begini kalau didebatkan tak akan habis pun sampai bila-bila.

Cuma saya hendak bicarakan bahawa sesungguhnya Allah telah menggariskan satu akedah yang jauh lebih efektif dalam ‘mengawal dosa’ manusia ini:

Firman Allah: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan  buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yg telah dicabut akar-akarnya dari eprmukaan bumi; tidak dapat (tegak) sedikit pun” (14:24-26)

Jelas sekali Allah menggariskan bahawa untuk menghasilkan pokok yang baik ahruslah kuat dari tunjangnya, dari dasarnya, dari dalamnya, maka dari tunjang yang kuat ini akan menjulanglah pucuk yang tinggi dan perkasa dan akan keluarlah cabang-cabang yang tegap yang menghunjam sampai ke langit dan dari cabang ini akan terhasillah buah-buah yang mantap, bermutu tinggi dan enak, yang memberi manfaat kepada yang memakannya.

Pokok ini harus dikuatkan dari dalam! Bukannya kita cuba betulkan dari luar, bila keluar buah-buah yang tidak elok kita petik dan kita buang buah yang rosak ini. Bila ada cadang yang rapuh dan terpatah kita pun cantas cabang ini. Bila ada daun-daun yang rosak kita pun ambil gunting dan buang daun-daun rosak ini. Tapi soal mengapa pokok ini menghasilkan buah-buah yang tidak elok dan tidak berkualiti kita tak mahu address kan.

Seperti itulah undang-undang sekular ini. Undang-undang ini cuba menghiasi pokok ini dari luar, bila ada yang dah terngadah baru nak fikir bagaimana nak kawal masalah ini, soal pokok itu sihat atau tidak tak mahu fikir. Kalau ada pokok yang dah rosak sangat, nak tebang saja tak bagi pulak, katanya haruslah kita menghargai nilai setiap nyawa. (Again, tak mahu diargue, bersifat terlalu subjektif di mata manusia-manusia sekular)

————————————————————————————————————————

Sebagai manusia-manusia yang menyembah Allah, marilah kita pegang kalimat Allah ini, marilah kita mendekati sekalian pokok-pokok untuk dirawat dari dalam, bukannya sekadar dihias dari luar supaya nampak cantik dan tidak terlalu hodoh di mata yang melihat. Bila pokok-pokok ini telah dikuatkan dari dalam, maka tak akan kita perlu risau akan luarannya, kuat atau tidak cabangnya, elok atau tidak daunnya, enak atau tidak buahnya, denagn sendirinya ia akan terpelihara, degan izin Allah jua.

Sekian sahaja pembebelan, apa yang nyata tak perlu dihurai panjang-panjang dan lebar-lebar, hatiyang faham sekejap saja akan faham.

0 Responses to “Membebel-bebel”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: