Cerpen: Kambing yang fed up

Ada sebuah kampung.
Di dalam kampung itu ada seorang pengembala kambing.
Pengembala kambing ini ada banyak kambing-kambing.

Ada seekor kambing hitam, sejak dia kecil dan masih hingusan dia dijaga oleh pengembala kambing ini, dipelihara, diasuh dan dipimpin. Maka kambing ini sangat taat kepada pengembala, dia akan ikut arahan pengembala kambing, disuruh ke hulu dia ke hulu, disuruh ke hilir dia ke hilir. Kambing ini sangat taat, kerana dia tahu semua arahan2 itu adalah untuk kebaikan dirinya. Maka dia tidak kisah untuk menuruti kata2 tuannya walaupun kadang2 tuannya tidak bertanya pun akan pendapat atau perasaan atau persetujuan kambing dalam melaksanakan sesuatu yg melibatkan hidup kambing ini. Lagipula, kata tuan kambing, ketaatan yang tidak berbelah bahagi adalah satu ciri kambing yang cemerlang. jadi kambing ini cuba untuk menjadi kambing yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tapi, kadang2 kambing ini rasa sedih, kerana hidupnya seolah2 diatur, walaupun sebenarnya segala yg diatur oleh pengembala itu baik2 belaka. kambing ini mahu menjadi kambing yg lebih berdikari, boleh melontarkan pendapat, boleh memikirkan apa yg terbaik yang mahu dilakukan dalam hidupnya. Dia mempunyai begitu banyak idea2 yg bernas dan sangat bersemangat tinggi untuk menjadi seekor kambing yg aktif, tetapi selalunya dia terpaksa mengikut sahaja rancangan tuannya yg telah diatur diluar pengetahuan kambing. kambing ini bukanlah seekor kambing yang gila kuasa atau gila pangkat (gipang), tetapi dia merasakan, sementelah umurnya semakin lanjut, dia wajar tidak dilayan seperti kambing yang masih kanak-kanak.

Kehidupan terus berlalu tanpa perubahan.

Satu hari, sewaktu kambing ini sedang melayan jiwang di tepi sungai, dia telah terjumpa dua ekor anak tikus yang sangat kecil dan comel. Kasihan mereka, ibu mereka mungkin telah mati lemas. Tikus2 ini kelihatan bingung dan sesat larat. Maka kambing ini pun mengambil dua ekor tikus ini menjadi anak angkatnya. Tuan pengembala bersetuju denagn rancangan kambing untuk mengambil tikus ini sebagai anak angkat, tambahan pula banyak kambing2 lain juga telah pun mengambil anak angkat masing2 seperti zirafah, platipus dan kera hutan.

Kambing ini menjadi sangat gembira. Ini lah pertama kali dalam hidup kambing, dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sesuatu. Dia boleh memikirkan sendiri rancangan2 untuk memelihara tikus ini dengan baik, maka dia pun mula merancang menggunakan sepenuh daya pemikirannya yg kreatif itu. Berbagai2 idea keluar. Kambing gembira kerana kali ini dia tidak lagi terkongkong untuk mengekspresi ideanya dan berhak merancang dan melkasanakan sesuatu untuk anak2 tikus ini, walaupun masih dalam ruang lingkungan kawasan jajahan pengembala dan tertakluk kepada undang2 pengembala. Kambing rasa puas kerana dia telah menjumpai satu ruang lingkup untuk dia bernafas.

hari raya semakin hampir. ini lah pertama kali kambing akan menyambut hari raya bersama anak2 angkatnya. Kambing ini sangat teruja. Dia mahu membawa anak2 tikus ini ke luar untuk membeli baju raya. Tuan pengembala pun bersetuju dengan cadangan ini dan memujinya atas ranacngannya itu. Kambing menjadi lebih excited. Dia mula merancang2 tarikh dan masa yg plg sesuai utk keluar bersama anak2 angkatnya itu. Dia juga merancang utk pergi ke kedai yg mana, baju bagaimana yg hendak dibeli, dan apa lagi yg akan mereka lakukan bersama2 semasa outing nanti. Saban malam kambing terbayang2 dan ternanti2 hari itu. Saban hari juga dia asyik mengubah racangannya supaya menjadi lebih mantap.

Akan tetapi, pada satu senja yg suram, pengembala memanggil kambing ini. Dia menyatakan bahawa kambing2 lain yg juga mempunyai anak angkat (zirafah, platipus dan kera hutan) telah merancang untuk mengadakan outing beramai2 untuk membeli baju raya dan pengembala mahu anak2 tikus kambing ini ikut sekali. dan untuk kambing, terpulanglah pada dia untuk ikut atau tidak, yang pasti, anak2 tikus itu kena ikut outing tersebut.Tarikh, transport dan segala kelengkapan telah pun diatur dengan rapi, tunggu pelaksanaan sahaja, kata tuan pengembala.

Kambing berlari denagn sangat laju ke tepi sungai. Di tepi sungai dia menangis semahu-mahunya. Kambing lari jauh2 dan tidak mahu menangis di hadapan tuan pengembala kerana nanti tuan pengembala akan mengatakan dia adalah kambing yg tidak cemerlang. Kambing sangat kecewa. Dia sangkakan dia telah menemui satu ruang dan peluang di mana dia boleh bersuara dan mengekspresi suaranya, tetapi kambing silap. kambing sedih, kerana rancangannya hancur berkecai. Dia juga tidak faham mengapa dia tidak diajak bersama untuk merancang tentang outing tersebut. Bukankah dia bertanggungjawab terhadap anak2 tikus itu, dan sekiranya sesuatu hendak dilaksanakan untuk mereka, bukankah dia berhak untuk melontarkan pendapat atau sekurang2 nya diminta persetujuan untuk ia dilaksanakan?

kambing tahu dia terlebih beremosi. In the end, apa yg dirancangkan tuan pengembala itu untuk kebaikan anak2 tikus itu juga, dan juga untuk meringankan beban kambing. Tapi kambing ialah seekor kambing biasa, punya hati dan perasaan seperti kambing-kambing yang lain juga. Lagipula, kesedihan kambing ini bukanlah semata2 kerana isu outing ini, tapi lebih kepada akumulasi banyak2 benda yg telah berlaku sebelum ini. Kambing rasa sungguh tidak berguna kerana tidak layak untuk tahu apa yg akan berlaku dalam hidup kambing dan tidak layak untuk campur tangan dalam menentukan apa yg akan berlaku.

Seperti yg telah dikatakan sebelum ini, kambing ini bukanlah gila kuasa atau mahu menjadi pembuat keputusan mutlak dalam hidupnya atau kehidupan kambing-kambing yg lain, kambing ini tidak kisah kalau tuan pengembala terus-menerus memegang kuasa tertinggi untuk membuat keputusan, kambing ini sangat faham akan konsep taat itu, cuma kambing mahu dihargai dan didengari suaranya sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Dulu2 waktu kambing masih kecil, kambing tidak kisah kerana kambing sedar kedudukan dirinya yg masih mentah, dan waktu itu pun kambing belum ada banyak idea lagi, dan belum memahami banyak rahsia kehidupan. Tapi kambing telah semakin tua, entah esok lusa kambing akan pergi dari kawasan pengembala ini. Kambing pasti sangat sedih jika segala memorinya di tempat ini hanyalah memori dia menjadi pak turut yang tiada tolok bandingnya. Tapi kambing juga faham, tuan pengembala itu tidak pernah menjadi seekor kambing, mungkin sebab itu dia tiadk dapat memahami hati dan perasaan seekor kambing.

Tapi, entah lah,  sekarang kambing ini telah fed up. Belum tentu sebarang perubahan yg dilakukan selepas ini akan mengubat ke fed up an hati kambing. dengan hati yang lara, di tepi sungai yang mengalir lesu, kambing mengarang sebuah lagu yang paling sedih sekali…..

p/s: cerita ini memang tentang seekor kambing.

0 Responses to “Cerpen: Kambing yang fed up”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: