Cerpen: kita bukan melahirkan klon

Petang yang emosi

“Kak Tim, saya terpaksa berterus terang saja dengan Kak Tim, saya tak mahu bawa Usrah Fussilat lagi, saya tak mahu jadi naqibah lagi” bersahaja dalam paksa, itu sememangnya Erni.

Buntang mata Tim. Cepat2 istigfar dan, “Mengapa?”

“Selepas setahun setengah berhempas-pulas…saya… dah penat”

Tim tidak mahu cepat melenting, tidak mahu cepat melatah. Lalu dia ukirkan sebuah senyuman paling manis kepada Erni sehingga wajah serius Erni berubah menjadi kehairanan.

“Kak Tim tak marah saya?”

“..herm..(senyum)…Kak Tim teringat kenangan lama. (senyum lagi) Erni tahukah, suatu ketika dahulu Kak Tim pun pernah hampir give up dengan usrah Erni, Mumtahanah?”

“Sungguh? Kenapa?”

“Ikut rasa hati Kak Tim, apa yg Kak Tim lalui dulu sama dengan apa yg Erni rasa sekarang. Kak Tim rasa Erni lebih tahu mengapa, itu dari hati Erni. Kenapa Erni rasa penat?”

“Sebab…saya penat..sebab..saya rasa tak ada apa2 perubahan pun pada Fussilat walaupun dah puas selama setahun setengah ni saya taburkan pelbagai ilmu, dari tafsir alquran kepada ilmu tauhid kepada sirah rasulullah, saya berikan peringatan, ajak kepada kebaikan, tegur kesalahan baik secara hikmah atau secara langsung. libatkan mereka dalam pelbagai program, pantau keadaan mereka, tolong bila perlu, saya sanggup korban masa dan tenaga, tapi..bila saya lihat mereka sekarang, macam tak ada apa2 perubahan, masih di takuk lama, perangai masih tak matang, masih terlalu kebudak-budakan, masih bercampur gaul dengan bukan mahram, masih tak sungguh2 dalam ibadah, masih menonton cerita2 jahiliyah, masih suka membuang masa dengan benda2 tak berfaedah, pakaian pun masih takde kemajuan, macam…macam tak ada perubahan lah…Kak Tim, saya..sangat penat..”

sangat penat..sangat penat..sangat penat…
—————————————————————————————————————————————————
2 tahun lalu,
“Tim mahu mereka jadi macam mana?” terus sahaja Syafinaz menerjah dengan tegas
Terkedu.
“Saya mahu mereka betul2 faham dan amalkan islam. Saya mahu mereka berubah. Saya mahu lihat perangai mereka bertambah baik, jadi lebih bersopan santun, lebih menjaga adab dan perilaku sebagai seorang muslimah, tidak terlalu menarik perhatian terutamanya terhadap lelaki, lebih prihatin tentang soal pakaian maksudnya menutup aurat dengan lebih sempurna, saya mahu mereka tunjukkan kesungguhan dalam ibadah, menghafaz quran dan bangun qiyam contohnya. Tinggalkan segala yg jahiliyah dan ambil hanya islam sahaja secara total. Saya mahu mereka jadi lebih bersemangat untuk menjayakan program2 kita. Saya mahu mereka semangat dalam mendekati adik2. Saya mahu…”

“Tim mahu mereka jadi seperti Tim?”

Angin sepoi-sepoi bahasa berlalu memberi salam.

“Saya…saya..itu..bukan…maksud saya…” (nada menggelabah)

“Tim, kita kena ingat dan faham, yang pertamanya setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Kita tidak tahu bagaimana kehidupan seseorang itu sebelum kita pertama kali berjumpa dengan dia. Mungkin sebelum ini kehidupan dia sangat teruk terbelenggu dengan jahiliyah yg sangat tebal. Jadi kita tidak boleh pukul rata semua orang dengan mengharapkan semua orang berubah dengan kadar yg sama, walaupun kita telah curahkan ilmu yg sama. Cuba bayangkan, kita nak gantikan jahiliyah 2 inci dengan seorang lagi yg punya jahiliyah 10 inci dengan ilmu yg sama, logikkah utk mereka berubah dalam tempoh yg sama? Jadi Tim tidak boleh gunakan diri Tim sebagai kayu ukur terhadap mereka. Kak Naz tahu Tim berubah dengan sangat cepat. Tim cepat faham, Alhamdulillah Allah cepat bukakkan hati Tim kepada kebenaran, dan Allah berikan juga kekuatan utk Tim berubah. Tapi Tim tidak boleh harapkan yg sama dari orang lain, terutamanya orang2 yg Tim pimpin.”

“Lagipula kita tidak boleh ‘menghakimi’ seseorang itu dengan membandingkan dirinya dengan diri kita. Kita kena bandingkan dirinya sekarang dengan dirinya yang dahulu. Mungkin di mata Tim, mereka ini masih ‘teruk’. Tapi kalau Tim siasat latar belakang mereka, Tim mungkin terkejut, apa yg terhidang di depan mata Tim sekarang ini mungkin seratus kali lebih baik berbanding diri mereka dahulu. Kalau tim tanya mereka, jangan terkejut kalau mereka kata sebenarnya mereka telah banyak berubah. Kita mungkin sudah sampai ke peringka menyeru dan diseru utk bangun qiyam setiap malam, maka kita ‘pukul rata’ bahawa orang lain juga mesti sudah ‘settle’ bab2 yg wajib seperti solat 5 waktu. Kemudian kita jadi jelek sebab ada adik kita yg malas dan culas utk melaksanakan solat sunat, tapi kita tidak sedar, rupa2nya selama dia mengikuti usrah, dia telah berusaha bersungguh sungguh utk solat di awal waktu! Dan bagi dia itu satu perubahan yang besar, tapi kita terlepas pandang ini”

“Yang keduanya setiap orang itu punya kapasiti yang berbeza2, kebolehan yg berbeza, skill yg berbeza. Adalah mustahil kita hendak klonkan individu2 yg berbeza2 ini menjadi sama seperti diri kita! Dalam mengajak orang meninggalkan jahiliyah dan bergerak ke arah kebaikan, kita tidak boleh paksa mereka meninggalkan ‘skill-skill’ mereka.”

“Contohnya, katakan ada seorang ni dia sangat suka main gitar dan pandai menyanyi. Tapi dia suka menyanyikan lagu2 yg bukan membawa kepada mengingati Allah, sebab dia dibesarkan begitu. Dia main lagu2 rock, dan lagu2 dari barat yg melalaikan. Kita pula memang sangat opposed dengan lagu2 begini. Adakah wajar kita tegur dia, suruh dia berhenti menyanyi lagu2 begitu dan tinggalkan atau jual gitar dia?”

Tim senyap sahaja.

“Tim, walaupun apa yg adik2 buat bertentangan dengan prinsip kita, kita tetap perlu hargai kebolehan mereka. Maka kita perlu kreatif. Daripada kita membuat musuh dengan dia dengan memaksa dia menjadi seperti kita, adalah lebih baik kita memimpin mereka untuk beramal dalam islam dengan cara yg mereka gemari. Jadi, daripada suruh dia buang gitar itu, lebih baik kita berusaha mengajak dia menyanyikan lagu2 islamik, suruh dia buat persembahan masa program, atau cipta lagu2 yg mengajak manusia ingat pada Allah. Tunjukkan pada dia bahawa dalam Islam hiburan itu penting, tunjukkan bahawa kita boleh berseronok sambil berdakwah”

“Contoh lain, katakan ada yg sangat meminati fotografi, tapi dia sangat suka mengambil gambar2 yg tidak islamik, gambar2 yg boleh mencetuskan kontroversi dan fitnah, dan ini bertentangan dengan prinsip kita, maka adakah kita suruh dia jual kamera nya yang mahal itu? Bukankah ini hanya akan menimbulkan kemarahan di hatinya dan menyebabkan dia ingin berpaling dari kita? Tapi kalau kita bersabar dan berfikir secara kreatif, maka kita boleh sarankan padanya, bahawa dengan fotografi juga kita boleh berdakwah, ambil gambar2 pemandangan dan ingatkan manusia akan keEsaan Allah, ambil gambar kesengsaraan manusia dan jadikannya sebahagian dari tazkirah, ambil gambar2 yg menunjukkan ikatan ukuwwah dan macam2 lagi.”

“Point yg Kak Naz nak sampaikan di sini ialah kita penat kerana kita meletakkan target yg tidak realistik. Kalau dahulu kita berubah dalam masa setahun, maka kita letakkan pula target untuk adik2 kita setahun juga. Dan kita letakkan pula target yg vivid perubahan sebagaimana yg kita mahukan dari mereka. Mereka harus jagi begini, begini, dan begini. Tapi tanpa kita sedari kita sebenarnya cuba mengacu mereka menjadi seperti diri kita!  Sebab itu kita penat..bila mereka tidak ‘menjadi seperti diri kita’.”

“dan kita juga perlu ingat, hidayah itu di tangan Allah, Dia Yang Mencipta, Dia Yang Mengawal segalanya, maka bolehkah kita berputus asa sedangkan Yang Maha Penyayang itu sentiasa ada menjadi sandaran kita?
Dan apabila mereka bertanya tentang Aku, maka katakan lah bahawa Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang2 yg berdoa, apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, mudah2an mereka mendapat petunjuk .Bukankah begitu firman Allah dalam surah Al-Baqarah yg sama2 kita hafal dahulu?”

“Tak apa, in the end, Kak Naz tidak suka memaksa sesiapa, Kak Naz hormati apa sahaja keputusan Tim. Cuma, Tim fikir2kanlah semula, apa yg Tim ingin capai. Adakah Tim hendak melahirkan manusia2 seperti yg acuan yg Tim sediakan atau Tim mahu melahirkan manusia2 yg berjuang di jalan Allah menggunakan kebolehan masing2. Erm..Tim fikirkan dahulu, nanti kita bincangkan semula, ye”

—————————————————————————————————————————————————

Petang yang emosi

sebiji2 Tim muntahkan semula kata2 Syafinaz kepada Erni.

Mudah2an dia juga tidak akan putus asa.

Allah bantulah kami semua.

0 Responses to “Cerpen: kita bukan melahirkan klon”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: