Kenapa saya mahu jadi orang kaya

Cik Seri, 25 tahun:

Saya mahu jadi orang senang. Ups, ada beza ye, antara orang senang dengan orang kaya. Orang kaya tu maksudnye betul2 kaya lah ye, harta berjuta2, saya tak mahu jadi orang kaya, cukup jadi orang senang sahaja, maksudnye rumah banglo sederhana besar, kereta dua bijik, jenama tempatan pun tak ape, mampu beli brg2 yg selama ni saya teringin nak beli; handbag, makeups, kasut, baju, etc. Makan pun kalau boleh sentiasa cukup, once in a while mampu makan dekat restoran mahal, setahun dua kali cukuplah, dengan suami dan anak-anak. Dan at least setahun atau dua tahun sekali mampu pergi melancong ke luar negara dengan keluarga, saya memang teringin sangat nak melancong ke seluruh dunia, so kalau dapat pergi different places every year tu kira ok lah. Owh yea, dan mesti mampu juga utk pergi haji sekali dan umrah beberapa kali, dan of course, mesti ada peruntukan untuk derma kepada rumah anak2 yatim etc, hidup ni kenalah berbakti kan.

Cik Ros, umur 24 tahun:

Saya mahu jadi orang kaya, yaitu sampai jadi taikun di Malaysia ni. Saya nak membina empayar perniagaan kalau boleh sebesar empayar Syed Mokhtar AL-Bukhary, atau lebih hebat lagi menandingi RObert Kuok dan Ananda Krishnan. Katakan apa sahaja, bukan setakat beli Newcastle United, malah saya boleh beli individu-individu dalam mana2 pasukan gergasi itu sendiri, setakat David Beckham, petik jari sahaja. Urusan seharian saya nanti dalam lingkungan juta-juta dan billion-billion sahaja, saya mungkin tak kenal lagi duit 1 rinngit atau 2 ringgit. Beli kompeni-kompeni atau syarikat2 nanti ibarat membeli donut di Krispy Kreme sahaja. Untuk apa saya jadi sekaya ini? Untuk kepuasan diri, kerana saya percaya saya boleh lakukannya, dan pastinya juga untuk tunaikan segala kemahuan yang saya mahukan. Bila saya telah mencapai peringkat financial freedom nanti, dengan senang lenang saya akan membina rumah2 bak mahligai di beberapa tempat paling ekslusif bukan sahaja di malaysia tapi juga di luar negara. Saya akan target dan beli kompeni2 yg saya rasakan akan dapat melipatgandakan lagi business saya, well, when you have the power to manipulate, why not use it? Contohnya saya akan beli KFC Malaysia dan mungkin McDonald dan Pizza Hut juge, sebab ramai org2 kite suka makan di situ, jadi pulangan yg saya akan dapat sgt menguntungkan, saya akan beli juga Astro, atau koman2 pun TV3 sebab di situ banyak pelanggan. Sebut lagi apa produk2 yg banyak pembeli di Malaysia, insyaAllah saya akan beli atau sekurang2nye jadi pemegang saham utama. Tentunya saya akan berderma sebanyak mugnkin utk org2 yg memerlukan, anak yatim, homeless, rumah kebajikan, etc. Yang plg penting, saya nak jadi sekaya ini utk membuktikan bahawa orang Melayu boleh setanding dengan bangsa2 lain dalam dunia perniagaan.

Cik Melati, 24 1/2 tahun:

Saya mahu jadi orang kaya, yang sangat kaya, yang hartanya bernilai berjuta2 atau berbillion mungkin, insyaAllah. Kemudian saya akan pulangkan harta2 ini secepat mungkin kepada Pemilik asalnya, iaitu Allah swt. Maka setiap kali  duit saya berputar (keuntungan masuk) saya akan putarkan juga pengembalian kepada ALlah. Dengan wang yang banyak ini sejumlah besarnya untuk tentera2 Mujahidin yg berperang di jalan ALlah, kalau saya tak dapat bersama mereka utk merasai syahid maka sekurang2nya biarlah saya menolong usaha mereka ini. Dengan wang ini saya mahu membuka ‘shopping complex ibadah’ di mana di dalamnya terdapat kedai2 seperti kebanyakan shopping complex, tapi bila azan bergema, kedai2 ini akan ditutup dan semua, mesti semua menunaikan solat berjemaah, baik yg non muslim atau non-practicing muslim mesti menghormati peraturan ini. Di shopping complex ini juga tidak ada panggung wayang atau pusat bermain snooker dan sebagainya, tetapi akan ada kelas2 agama di bilik2 multifunctions, akan ada surau yg besar dan selesa, dan semua pekerja2 yg bekerja di shopping complex ini akan diminta menghadiri sesi ‘penyucian jiwa’ sekurang2nya seminggu sekali. Kemudian saya juga mahu beli saluran tv terbesar di Malaysia, ataupun tubuhkan sendiri sebuah saluran tv saya sendiri yg mana penonton2 dihidangkan dengan rancangan hiburan yg mendidik jiwa dan menghampirkan diri kepada ALlah. InsyaAllah akan ada drama, realiti tv, nyanyian, konsert, namakan apa sahaja, tapi semuanya akan terlingkung dalam batasan syarak dan semuanya bermatlamatkan mengembalikan semua kepada kebenaran. Untuk itu juga saya akan pastikan saya akan membeli tenaga2 pakar yg akan menghasilkan kualiti media yg terbaik. Dengan wang ini juga saya akan salurkan kepada badan2 yg menganjurkan program yg bermatlamatkan untuk menarik masyarakat kepada Islam, program utk students waktu cuti sekolah, utk yg pulang bercuti semester dari luar negara, hatta utk pakcik makcik yg selau bertandang ke masjid sekalipun, biar program2 ini dapat dijalankan dalam suasana yg lebih selesa dan bayaran yg dikenakan kepada peserta dapat dikurangkan, dengan harapan lebih ramai akan menghadiri. Selain menaja program2 wang ini juga akan digunakan utk menaja sebarang keperluan lain dalam dakwah, namakan apa sahaja, membeli equipments seperti projector, laptop sampai membayarkan tiket kapal terbang pun, insyaAllah akan dilaksanakan. Selain itu, saya juga berhajat membuka/menaja sekolah2 islamik yg betul2 akan melahirkan pemuda2 yg hidupnya untuk islam. Bukan sekolah rendah sahaja, malah dari peringkat tadika sampai membina sebuah universiti yg tunjang utamanya ialah membentuk peribadi2 muslim yg sejati, bukan setakat melahirkan doktor, engineer, arkitek etc.

*karya ini terhasil dari angan-angan waktu demam. Tapi kalau kita nak merancang, rancanglah dari sekarang dan rancanglah untuk satu jangka masa panjang, jangan berhenti merancang setakat sampai menjadi doktor/specialist, panjangkan lagi rancangan, dan rancanglah untuk Allah, bukan untuk diri semata-mata.
Kita merancang, Allah juga Merancang, dan rancangan Allah itulah yg terbaik.

2 Responses to “Kenapa saya mahu jadi orang kaya”


  1. 1 syireen July 20, 2009 at 3:27 pm

    salam…klu sy diberi pilihan, sy teringin nak jadi cam cik melati tu.huhu…tp Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya…bukan mudah nak jadi org kaya yg tak ‘lupa diri’ ataupun pentgkan dr jika x cukup tarbiyah dan mujahadahnya…tengok saje sahabat nabi (sy x ingat nama sahanat dan perawi hadith ini) yg lambat masuk syurga dek kerana bersoal jwb ttg harta yg ada pdnya dibelanjakan atas jalan ape… Apapun semuanya bergantung pd diri dan tahap kecintaan kepadaNya.

    p/s : salam perkenalan. sy dah letakkan blog saudari dlm link di blog sy. utk dijadikan bhn tazkirah dan pencuci hati, insyaAllah. mf krn dah letak br mtk izin. xpe ke?

  2. 2 hainur83 August 4, 2009 at 4:42 am

    sy pun nak kenal dgn saudari
    saya kwn kepada cik syireen tu hehe

    Assalamualaikum

    http://www.hainur.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: