Yang terdahulu didahulukan (sambungan soal niat)

Hari ini adalah hari yg bersejarah untuk Syafinaz Mokhtar. Hari ini adalah hari graduasinya selepas 5 tahun bergelumang dalam bachelor of medicine. Yang lebih membanggakan, Syafinaz muncul sebagai pelajar terbaik tahun itu. Iman menghampiri Syafinaz selepas tamat majlis graduasi (ayat2 ni mmg simple habis + straightforward, nak bagi cepat sampai isi utama)

“Kak Naz, tahniah! Saya tumpang bangga dengan pencapaian Kak Naz”
“Terima kasih dik Iman”
“Kak Naz, saya sebenarnya dah lama perhatikan Kak Naz, dan sebenarnya saya teringin sangta nak jadi macam Kak Naz”
“Maksud Iman, nak jadi macam mana tu?”
“Nak jadi macam Kak NAz, menacpai tahap tertinggi dalam pelajaran dan membanggakan semua orang: ibu ayah, kawan2, org2 Melayu, Malaysia (sebab universiti ni universiti orang puteh), dan erm, agama juga”
“Oooo…tapi sebenarnya Kak Naz tak berusaha pun nak jadi pelajar tebraik ni, malah Kak NAz tak berniat pun untuk jadi pelajar terbaik”
Iman terdiam, dan mukanya berkerut. Syafinaz membaca kekeruhan di muka Iman lalu mengajaknya ke kafeteria utk sambung bersembang.

Small skim latte with no sugar, regular caramel latte~

“Jadi semua ni kebetulan ke Kak Naz? Kebetulan saje yg Allah berikan kepandaian yg lebih kepada Kak Naz sehingga Berjaya jadi pelajar terbaik?”
Syafinaz tersenyum sahaja, (tak pasti kerana kata2 Iman atau kerana enaknya kopi di tangan).

“Bukan kebetulan, tetapi nikmat kasih sayang Allah”
“Maksud Kak Naz?”
“Bila Kak Naz kata tadi Kak Naz tak berusaha, bukan maksud Kak Naz tak baca buku, tak study, bila Kak Naz kata Kak Naz tak niat pun utk dapat pelajar terbaik, bukannya bermaksud Kak Naz tak pernha fikirkan utk sampai ke tahap itu. Tapi maksud Kak NAz, niat dan cita2 Kak Naz yg paling atas dalam hidup Kak Naz bukan itu”
“Jadi apa cita2 terbesar Kak Naz?”

~ ~ Bening~ ~
“Cita2 terbesar Kak Naz ialah untuk Islam, dan niat tertinggi Kak Naz ialah redha Allah dan syurgaNya. Kalau Iman nak tahu, itulah rahsia kejayaan Kak Naz”
Tiba2 Syafinaz teringat peristiwa yg berlaku setahun yg lalu, bagaimana Allah melimpahkan kasih sayangNya kepada Syafinaz melalui seorang housemate yg mengingatkannya utk membetulkan niat dan meluruskan amal islaminya.

“Dulu, Kak Naz mmg bercita2 besar utk anugerah ini. Siang dan malam Kak NAz berusaha bersungguh2 utk mendapat gelaran ini. Kak Naz mahu Berjaya bukan utk diri Kak Naz, tapi utk Negara, bangsa dan agama juga. Kak NAz yakin Kak NAz boleh lakukannya, jadi Kak Naz gandakan usaha KAk Naz, tapi entah kenapa dalam hati Kak Naz selalu rasa tak tenang, bila buat sesuatu asyik rasa serba salah, bila bertemu dgn org2 puteh dalam kelas selalu rasa rendah diri tak semena-mena. Walaupun KAk Naz tak tahu apa masalahnya, tapi KAk Naz dapat rasakan yg ‘hati’ Kak nAz bermasalah. Sakit”

“Kak Naz teringat sabda Nabi, Kak Naz rasa Iman pun tahu, yg sebahgiannya berbunyi, (terjemahan) : Maka ketahuilah dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah bhawa daging itu ialah hati-iza solahat solahal jasadukulluhu, wa iza fasadat fasadal jasadukulluhu

“Kak Naz jadi takut, sebab Kak Naz dapat rasakan hati Kak Naz tak bersih. Tapi Kak Naz tak tahu di mana silapnya. Kak Naz cuba mnedekatkan diri pada Allah. Cuba fahami ayat2 Allah, sampai Kak Naz baca dan faham firmanNya dalam surah Ar-Ra’du ayat 11: Innallah hala yughayyiru ma bikaumin hatta yughayyiru ma biamfusihim-Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagimana mereka tidak mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri. Kak Naz dapat rasakan inilah dia jalan penyelesaian Kak Naz. Kak Naz perlu ubah apa yg ada dlm hati Kak Naz, kemudian barulah Allah akan tolong Kak Naz, tenangkan hati Kak Naz, mudahkan segala urusan Kak Naz”

”Tapi Kak Naz tak tahu apa sakitnya hati Kak Naz ni…..sampailah satu hari, Allah gerakkan hati seorang housemate Kak Naz ni utk berbicara dgn Kak Naz. Dipendekkan cerita, Kak Naz baru sedar, selama ni Kak Naz telah salahmenyusu prioriti dalam hidup Kak Naz. Kak Naz telah meletakkan pelajran lebih atas dari Allah! Iman tahukah apa maksudnya tu?”

Iman menggelangkan kepala.

”Maksudnya Kak Naz cuba menyamakan sesuatu yg berasal dari dunia ini, yg amat rendah nialninya di sisi Allah dengan kemuliaan Allah sendiri! Kak Naz beristigfar, dan bertaubat. Takut sangat kalau Kak Naz telah tanpa senagja syirik kepada Allah. Barulah Kak Naz rasa tersentap dgn niat dan apa yg Kak Naz percaya selama ni. Lagipun, ’Fainnal ’izzah lillahijamia (4:139), segala kekuasaan, kemegahan, kebanggaan, kemuliaan itu semuanya milik Allah. Tak berhak kita memuliakan sesuatu di atas dunia ini sama seperti kita muliakan Allah”

”Jadi apa yg berubah lepa stu Kak Naz?”

”Tak banyak sebenarnya. Maksud Kak Naz, dari segi usaha Kak Naz utk agama ini. Kak Naz masih lakukan perkara2 yg sama, tapi kali ini dgn niat yg labih jitu. Dan kali ni Kak Naz tak teragak2 lagi atau bersikap hipokrit apabila Kak Naz diperlukan utk agama. Sebelum ni adakalanya Kak Naz tak ikhlas pun buat sesuatu tu sebab fikirkan alangkah baiknya jika masa yg habis utk agama ni dapat digunakan utk study, tp Kak Naz buat jugak, kononnya demi agama, tapi Kak Naz tahu deep down Kak nAz tak sepenuhnya ikhlas lillah hitaa’la”

”Pelajaran Kak Naz tak terganggu ke?”

”Langsung2 tidak. Malah Kak Naz rasa study Kak Naz dipermudahkan Allah. Iman tahu kan firman Allah surah Muhammad ayat 7?”

Wahai org2 yg beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu, dan mengukuhkan kedudukan kamu”

”Erm, tepat sekali. Kak Naz sangat yakin akan itu. Malah semakin banyak Kak Naz berusaha di jalan Allah, semakin mudah pula urusan hidup Kak Naz yg lain. Maksudnya bukan tiada masalah atau ujian langsung, ada juga, Cuma secara keseluruhannya Alhamdulillah dipermudahkan, walaupun sibuk Kak Naz sentiasa dapat cari masa utk study, dengan agama itu tetap nombor satu di hati”

”Akhir sekali, Kak Naz faham, apa pun yg kita buat, setinggi mana pun usaha kita, tetap akhirnya Allah Yang berkuasa menentukan natijhaNya. Tapi Kak Naz juga peracya Allah itu adil, dan akan Memberi atau Membalas kepada hamba2Nya sebanyak mana yg diusahakan.Jadi, salahlah kalau kita membelakangkan study kita kononnya utk agama dan pasti Allah akan Mnolong kita atas usaha agma kita tanpa perlu kita study sunggoh2. Itu salah. Yg betulnya ialah kita kena jadi bijak, oleh krn kita telah meletakkan agama di nombor satu, maka study kita perlu diacu mengikut acuan agama dan jadual agama, dan bukannya agama itu diacu mengikut jadual belajar kita”

(panjnag sangat dah ni. Simpulkan je lah)

Kesimpulan: redha Allah itu cita2 tertinggi. Syurga itu matlamat abadi.

1 Response to “Yang terdahulu didahulukan (sambungan soal niat)”


  1. 1 Hani Zakaria July 19, 2009 at 11:27 am

    salam kak balqis,

    Early this evening, i was talking to a friend of mine.. bout how i was really excited going back to uni for Sem 2. and this friend made a statement: “hani, make sure you do correct your niat before going back to uni..”

    and there i was staring at the screen questioning, “what’s my niat?”

    Allah is beautiful in the way He arranges things/events to take place in our lives.. and it so happen, that i was overcome by this ‘force’ to search for your blog..

    and i found the answer in this brilliant story of yours. it makes a lot of sense, and i shall make it a reference for the years to come.. a reminder to me why i study and whats my purpose in life.

    jzkk kak balqis for sharing this lovely story.

    kind regards,
    hani zakaria


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: