soal niat masih belum selesai. kalau perlu belajar semula dari bawah ayuh kita lakukan sama-sama

“Sudah 4 tahun, tapi hati saya masih tak senang, masih keluh kesah”, begitu keluh Syafinaz padaku pada satu petang ketika kami menelaah bersama2.

“Apa maksud naz?” tanyaku, walaupun aku tahu, tanpaku bertanya pun dia tetap akan menyambung keluhannya sebentar tadi. Anggap ini sebahagian dari teknik untuk berbasa-basi dengan kawan.

“Sudah 4 tahun belajar medik, dah belajar berhempas-pulas, dah usaha sungguh2, tapi hati selalu rasa resah gelisah, selalu takut gagal, dan selalu tak yakin yg saya akan jadi doktor yg baik”
“Rasa resah gelisah tu akar umbinya mula dari mana?”
“Entah, kalau saya tahu puncanya pasti saya dah selesaikan, malangnya tidak. saya tak tahu apa lagi nak buat utk rasa tenang. Kalau nak kata hati tak tenang sebab malas belajar, tak juga, dah berjam-jam masa habis utk belajar, dah pergi semua lecture, dah cuba banyak bertanya, tapi….entahlah…”
“Herm….kalau awak tak kisah, boleh saya tanya sesuatu?”
“Boleh, tanyalah”
“Awak belajar bersungguh-sungguh sebab apa?”
“Sebab apa? Sebab saya nak jadi cemerlang. Kalau boleh saya nak muncul sebagai pelajar terbaik. Kemudian akhirnya saya akan keluar sebagai seorang doktor yg hebat, mampu merawat pesakit dgn baik, mampu menaburkan jasa yg sgt banyak kpd manusia lain..” kata naz dengan penuh semangat. Bening anak matanya meyakinkan aku yg kata2nya itu mmg tulus dan ikhlas.
“Oooo, baik sekali cita2 naz tu. Tapi……”
“tapi?….”
“Naz tak pernah rasa cita2 naz tu ‘penghalang’ kepada jiwa naz?”
“Apa maksudnya tu? Saya tak berapa faham..”
“Ok, mcm ni, naz percaya tak kalau kita sentiasa dambakan sesuatu yg besar atau susah, dan kita berusaha ke arah itu, segala2 benda2 kecil lain yg merintangi jalan kita akan nampak mudah?”
“Percaya kut. cuba bagi contoh”
“Ok, kalau mcm naz kan, katakan naz sangat2 cintakan syurga dan sangat2 inginkan utk masuk syurga, adakah di dunia ni naz akan teragak2 utk melaksanakan perintah ALlah dan jauhi laranganNya?”
“tidak sama sekali”
“Betul, kita akan rasa semua perkara yg Allah suruh sangat mudah dan ringan utk dilakukan. Masuk waktu solat je cepat2 kita bangun utk solat, mudah sahaja utk lakukan solat sunat, rasa ringan untuk berpuasa sunat, tak teragak2 utk bersedekah, betul tak semua itu akan jadi mudah?”
“Betul, saya setuju, tapi apa kaitannya dengan study saya?”
“Naz masih belum nampak lagi?”
….
“Cita2 itu adalah satu niat naz, dan apa yg menimpa kita tergantung kepada niat kita”
“Salahkah niat saya utk berjaya dalam pelajaran?”
“Tak salah”
“Jadi kenapa saya masih rasa resah gelisah?”
“Mungkin kerana Allah sayangkan naz”
“Saya semakin tak faham”
“Begini, maksud saya, mungkin Allah membolak-balikkan hati naz macam tu supaya naz fikir tentang niat naz, dan cuba besarkan niat naz”
“Besarkan niat? Tapi macam mana tu? Saya rasa niat saya ni dah sangat tinggi dah. Saya mahu jadi yg terbaik, supaya saya dapat berikan yg terbaik kepada org2 lain, bukannya utk diri saya sendiri sahaja”
“Bagaimana pula utk agama?”
diam

“Maksud awak?” mata Naz mula meredup..Aku tahu Naz seorg yg sgt bijak, sedikit sebanyak dia telah dapat membaca apa yg ingin aku sampaikan..
“Ayuh Naz, kita keluar, jalan2. Sambil tu kita boleh sambung sembang2”

Kami berjalan melewati lorong panjang di hadapan rumah. Waktu winter begini angin bertiup sampai dinginnya mencengkam tulang-temulang. Tapi hangatnya jiwa Naz yg cuba utk merenung diri petang itu menyebabkan Naz alpa dan tidak tergugah dek kedinginan itu. (Aku je yg terkutal-kutal menahan sejuk sambil menyeranah diri sendiri kerana memberikan cadangan sebernas itu)

“Boleh awak sambung terangkan pada saya apa yg awak cakap tadi?”
“Boleh, insyaAllah” (baca dgn suara sedikit tergigil) “Begini, kita sekarang sedang bicarakan soal niat. Dan niat itu ialah hatta apa sahaja yg terlintas di hati, inikan pula, seperti Naz yg telah menyematkan niat itu menjadi cita2 yg jelas dan bersungguh2. Tapi mungkin sebenarnya Allah mahu lebih lagi dari Naz. NAz pernah fikirkan bagaimana kita boleh niatkan usaha kita belajar medik ini sebagai satu usaha utk ‘membantu’ Allah?”
“Erm, selama ni, pada Naz, dengan merawat orang tu maksudnya Naz akan berusaha di jalan Allah lah, bukankah merawat org tu satu tugas yg mulia di sisi Allah?”
“Memang betul, tapi, Allah sebenarnya memberikan kita ruang dan peluang yg sgt luas utk bertindak secara serampang dua mata. Bukan sahaja utk merawat orang, tetapi juga membantu menyebarkan agamaNya”
diam sebentar, kemudian Naz bersuara semula..
“Maksud awak, sambil merawat orang sambil berdakwah”
“Tepat sekali”
“Kalau itu yg awak maksudkan, selama ni mmg saya dah niat macam tu. Saya mmg dah tanamkan awal2, sambil saya bekerja nanti saya akan gunakan peluang tu utk mengajak orang kepada islam dan mengingati Allah”
“Tapi adakah niat yg itu lebih besar dari niat yg naz sebutkan mula2 tadi?”

Naz diam. Aku pun diam.
Kami melangkah pulang ke rumah dalam diam.
Pulang ke rumah kami masuk ke bilik masing2. Secara tak sengaja aku terdengar Naz menangis di dalam biliknya. Alhamdulillah, sekarang NAz sudah faham.

Kesimpulan: Mari betulkan niat.
“Wahai orang2 yg beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu, dan mengukuhkan kedudukan kamu” (47:7)

0 Responses to “soal niat masih belum selesai. kalau perlu belajar semula dari bawah ayuh kita lakukan sama-sama”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: