Meluaskan horizon

Adakah satu manusia di atas muka bumi ini yang tidak mahukan bahagia? Adakah satu manusia di atas muka bumi ini yg mahukan kesengsaraan dan kesusahan yg berpanjangan? Adakah satu manusia di atas muka bumi ini yang mahu menolak kedamaian?

Jika tidak ada, maka mengapa, dan mengapa dunia ini dipenuhi dengan kesengsaraan, kemelaratan,kegelisahan, kerunsingan, kerosakan?

SURAH AL-BAQARAH
208: Wahai orang2 yang beriman! Masuklah kamu ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak syaitan2 kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.
209: Oleh itu jika kamu tergelincir juga setelah datang kepada kamu keterangan2 yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

Seruan kepada orang-orang yang beriman:
Seruan yang disukai dan dirindui oleh org2 yg di hatinya ada iman, seruan yang membezakan mereka dgn org lain, seruan yang menghubungkan mereka dengan Allah. (siapa kah org2 beriman?)

Seruan ini adalah seruan untuk memasukkan kita ke dalam kedamaian (siapa yg tidak mahu damai?) dengan menggunakan seluruh jiwa kita. Keseluruhan jiwa itu bermaksud:

-menyerah seluruh jiwa raga hanya pada Allah
-Menyerah segala urusan samaada kecil atau besar kepada Allah
-menyerahkan segala fikiran, perasaan, niat, tindakan, kegemaran dan ketakutan kepada Allah
-memberi ketaatan dan kepatuhan dengan penuh keyakinan dan kerelaan
-percaya dengan taqdir, ketentuan Ilahi
-Yakin bahawa ALlah mahukan mereka mendapat kebaikan, pengajaran, petunjuk, dan keyakinan bhw mrk sedang menuju ke jalan kesudahan yang baik dunia dan akhirat.
-tidak sekali2 teragak2 dalam meyakini Allah, baik di masa senangnya atau susahnya.

Orang beriman yg menyerahkan seluruh jiwanya kepada kedamaian ialah org yg bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam setiap saat hidupnya, mempercayakan setiap perbuatannya, perkataanya kepada Allah untuk dinilai. Mereka menyerahkan harta mereka, jiwa mereka, nyawa mereka, masa mereka untuk kepentingan Allah semata.
Maka adakah masa untuk mereka memenuhi kehendak hati dan kenikmatan dunia?

Maka kesannya mereka akan dimasukkan ke dalam kedamaian. Apakah kedamaian itu? (samakah dengan damai yg kita impikan?) :

-Damai itu ialah keperayaan, keyakinan, kerelaan, kemantapan, tidak ada kerunsingan dan kegelisahan, tidak ada kedurhakaan/kesesatan, kedamaian antara jiwa dengan hati nurani, dengan makhluk2 lain, dengan alam buana.

Damai itu ialah hati yang sentiasa tenang dalam senang dan tegang.

Kesan kedamaian, terhadap individual:
-kesahihan kefahaman dan kepercayaan kpd Allah
-Tawakal hanya kepada Allah
-Tidak takut kepada segala kekuatan dan kuasa lain yang palsu
-Benar2 merasa tenteram dan senang hati
-tidak bimbang kehilangan sesuatu dan tidak mengharapkan sesuatu yg lain dari Allah Yang Berkuasa Menahan dan Memberi.
-Memelihara diri dari kezaliman, tunduk kepada hawa nafsu, penganiayaan.
-Meyakini Allah Menerima taubat dan Mendengar doa org2 yg berdoa. Yakin dia akan ditolong dalam lemahnya dan diberi ampun ketika dia bertaubat.
-Menjadikannya tidak merasa menyesal atas usaha2 kebajikannya dan terhadap jihadnya demi kepentingan agama ALlah andai usahanya itu tidak mendapat ganjaran atau balasan upah, kerana dia yakin bhw upah dan ganjaran itu akan disempurnakan mengikut pertimbangan Allah.
-Menjadikannya percaya kepada hari akhirat
-menjadikannya damai di medan perlumbaan dan pertandingan
-menyalutkan akhlak mulia dan sopan santun
-Mengurangkan kegelojohan dan kerakusan
-Menyedari matlamat kewujudannya iaitu utk beribadat kepada ALlah dan mengabdikan diirnya hanya kpd Allah.
-Beribadat pada setiap langkahan kakinya
-Merasai bhw dia berjalan dgn taqdir Allah

Kedamaian melahirkan jiwa yang kental

Kesan kepada masyarakat:
-Masyarakat yg hidup di bawah sistem Rabbani dan peraturan ALlah akan terjamin keselamatan jiwa, maruah dan harta benda.
-Masyarakat itu slg berkasih sayang, bersatu-padu, bertakaful dan seimbang
-Masyrakat itu bersih: kejahatan seks tidak berkembang, kegiatan2 yg membangkitkan nafsu berahi tidak tersebar, biji2 mata tidak berkeliaran memandang aurat, kegilaan seks dan kerakusan nafsu dan darah tidak terlepas pandang.

Kedamaian melahirkan masyarakat yg terpelihara dari dosa dan saling menyenangkan

Kemudian ALlah Mengingatkan agar jangan mengikuti langkah syaitan.
Sesungguhnya hidup di dunia ini hanya ada dua pilihan, suka atau tidak:
1) Masuk ke dalam kedamaian,
2) Mengikuti langkah syaitan

Samaada memilih hidayat atau kesesatan,
Samaada mengikut Islam atau jahiliyah,
Samaada menuju jalan Allah atau jalan menuju syaitan,
Samaada memilih petunjuk Allah atau penyesatan syaitan

!!! Sesiapa yang tidak masuk ke dalam kedamaian dengan semesta jiwanya dan tidak menyerahkan dirinya semata2 kepada kepimpinan Allah dan syariatNya, sesiapa yg tidak membuang segala kepercayaan yang lain, sgl sistem kehidupan yg lain, maka bererti dia berada di jalan syaitan dan berjalan mengikut jejak syaitan, kerana sesungguhnya tidak ada jalan pertengahan, yang ada hanya satu antara dua: Syurga atau Neraka.

Ayat seterusnya, Allah Menerangkan akibat kegelinciran setelah diberi penerangan jelas (dah tahu masih tak buat lagi):

-Allah Maha Perkasa; mereka akan terdedah kpd kekuatan dan kudrat kuasa Allah apaila mereka menyalahi perintahNya.
-Allah Maha Bijaksana; Allah telah Memilihkan yang terbaik utk kita, maka kita akan menghadapi kekurangan jiwa jika tidak mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Hayati dan fahami kalam Allah ini, dan nantikan kisah (kisah hidup saya) di sebaliknya. Allahua’lam

0 Responses to “Meluaskan horizon”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: