Dan di sini aku berdiri

Blog ini terlalu bersifat keakuan.

Sebagai seorang pelajar perubatan, disoal dan ditanya itu sudah jadi rutin harian. Ada soalan yg sukar, ada yg senang, ada yg boleh dijawab ada yg tidak. Tapi tak pernah aku terima soalan yg membuatku terkedu dan terasa sangat sukar utk dijawab. Sehingga semalam.

Dan soalan itu bukan soalan tentang perubatan, tetapi yg menjadikannya begitu sukar kerana ia soalan tentang usaha dakwahku. Aku ditanya, adakah aku merasakan sukar untuk menyeimbangkan antara pelajaran dan dakwah.

Sukar. Sukar. Sukar. Pertama ia sukar kerana aku terpaksa fikir patutkah aku beri jawapan yg jujur dan ikhlas dari hati atau beri jawapan yg menyedapkan hati org yg bertanya? Kedua, kerana soalan itu nanti akan mencerminkan siapa aku sebenar, apa prinsipku dalam dunia dakwah, pastinya akn membuka pekung dalam dada yg disimpan buat sekian lama. Ketiga kerana jawapan untuk soalan itu sepatutnya menjadi rahsia diriku sampai bila-bila, walaupun aku tahu hari itu akan tiba aku akan ditanya, kalau bukan di dunia di akhirat kelak.

Aku pilih utk bersikap jujur. Mengapa mesti hipokrit? Kalau sekalipun aku pilih utk hipokrit, Allah tahu. Aku boleh menipu semua manusia dan simpan rahsia ini sampai bila-bila tapi aku takkan mampu menipu Allah.

Maka aku jawap bahawa aku tidak rasai sukar menyeimbangkan antara belajar dan berdakwah, kerana sejujurnya aku tak pernah pun meletakkan dakwah itu di atas pelajaran. ya aku pilih utk bersama mereka yg berusaha menyebarkan kalam Allah, tapi bila tuntutan pelajran datang dakwah itu aku tinggalkan, sebentar. Bila datang konflik antara hak dan kewajipan, aku selalu dahulukan hak. Aku pilih hak aku untuk menuntut ilmu daripada menunaikan kewajipan kepada Allah. Maka sungguh aku tak pernah rasa susah. Dakwah itu pada aku ibarat perkara yg aku ambil dan aku pakai bila aku senang dan aku tinggal dan aku buang bila aku sibuk.

Aku jelasi juga bahawa aku sedar ini bukan sifat patut ada pada diri seorang dai’e. Aku jelasi bahawa kian lama aku makin kuat bertarung utk menyusun semula priority hidup aku supaya satu hari nanti kewajipan dan tanggungjawabku terhadap Allah itu aku letakkan di atas segala kepentingan lain. Aku jelasi juga bahawa aku sentiasa, dan sentiasa, dan sentiasa berharap, berdoa dan meminta dari Allah supaya diberi kekuatan utk menjadi pejuang agamaNya yang ikhlas dan rela berjuang dan berkorban pada setiap saat.

Sungguh aku tidak tahu impak jawapan itu kepada penyoal dan semua yg mendengar. tapi aku dengar diriku sendiri memperbaharui janji dan azamku. Dan aku minta semua berdoa agar doaku ini termakbul.

Meletakkan Raja sebenar-benar raja di atas segala raja-raja dalam hati.

Dan mengapa tidak?
Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepadamu, ‘Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah’, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dgn kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit” (9:38)

Doaku ingin jadi seperti Habbib An-Najjar. Disebutkan dalam surah Yasin dari ayat ke 20 hingga 32 tentang seorang lelaki yg datang menyeru kaumnya supaya mengikuti seruan 3 org rasul yg diturunkan kepada mereka, sedangkan dia tahu bahaya akibat perbuatannya itu, yakni dia akan dibunuh oleh kaumnya. Namun tidak sedikit dia bersikap berdiam diri, malah dgn berani mewartakan keimanan dirinya selain sungguh2 menyeru kaumnya ke arah kebenaran. Habbib An-Najjar membuktikan bahawa dirinya bukan org yg hanya menegakkan agama Allah dalam keadaan senang dan selesa sahaja, malah dalam keadaan genting dan sukar. MasyaAllah! Habbib An-Najjar dibunuh dengan kejam, namun syurga Allah terhampar luas untuknya.

Maka bagaimana aku yg menjadikan agamanya sebagai hobi semata? Dibuat ketika senang dan lapang tapi ditinggalkan ketika susah dan  terhimpit?

Masih terlalu banyak ruang2 dalam diri yg perlu dibaiki. Masih banyak soal hati dan emosi yg belum selesai. Masih belum betul2 yakin dengan janji2 Allah. Masih belum terbuka hati sepenuhnya utk menyerahkan diri, harta, dan seluruh hidupku hanya untuk Allah. Namun azam itu tetap ada kemahuan masih membara, doa masih terus dipanjangkan. Semoga saat itu akan tiba bila aku kan jadi pejuang yang memburu cinta Allah. Amin.

0 Responses to “Dan di sini aku berdiri”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: