Tekanan

Hidup ini sebenarnya hanyalah permainan relativiti. Percaya atau tidak?

Seorang yang punya sebuah kereta proton saga tidak merasai gembira selagi mana dia belum memiliki sebuah kereta BMW 3 series. Sedangkan seorang yang hanya punya sebuah motorsikal cabuk akan rasa gembira jika dia punya sebuah proton saga.

Seorang hartawan yang kaya raya menjadi sangat risau apabila perniagaannya susut sedikit akibat terkena tempias kejatuhan ekonomi sehingga pulangan keuntungannya hanya berjumlah 20 ribu bulan ini berbanding 50 ribu bulan lalu, sedangkan seorang manusia biasa yg lain akan sangat gembira andai dapat memiliki hanya seribu sebulan.

Seorang wanita yang mempunyai berat badan 60 kg berpendapat dia hanya akan gembira bila beratnya menjadi 45 kg, sedangkan seorg yg lain yang beratnya 120 kg akan terlalu gembira jika beratnya turun ke 60 kg.

Seorang ibu hatinya kan sangta hancur apabila anak yg dikandungnya diketahui cacat, contohnya seperti hanya mempunyai satu kaki. Baru-baru ini saya membcaca sebuah artikel tentang pembedahan memisahkan kembar siam yg bercantum. Selepas dipisahkan, mereka setiap seorang hanya punya satu kaki, tetapi ibu mereka sangat gembira kerana mereka berjaya dipisahkan. satua tau dua kaki itu tidak mempengaruhi emosi ibu.

Seorang yg rumahnya hangus terbakar akibat kelalaian anaknya meninggalkan rumah tanpa menutup suis seterika pasti akan sangat marah denagn anaknya dan sedih atas kehilangan harta benda. Tapi seorang ayah yg hampir kehilangan anaknya dalam kebakaran rumah dan kemudian anak itu dapat diselamatkan akan pasti sangat gembira dan tidak peduli tentang rumahnya yg terbakar itu asalkan nyawa anaknya selamat.

Lihat.

Hidup ini hanyalah satu permainan. Apa yang gembira untuk engkau mungkin sedih untuk aku. Apa yg gembira utk aku mungkin sedih utk engkau. Tapi perkara2 itu tetap akan berlaku juga.

Lantas bagaimana kita meletakkan nilai dunia ini dalam hati kita? Selagi kita meletakkan dunia sebagai sumber kebahgiaan, kita tak akan bahagia sampai bila-bila kerana kita akan sentiasa terus-terusan mengharapkan yg lebih dari aa yg kita ada kepada dunia. Mengejar dunia. Apa yg dunia ada, dan apa yg ia miliki, segala nikmat yg ada memang tak terhingga, tapi laratkah kita utk terus mengejarnya?

Selepas miliki sebuah motor kita kejar proton saga, selepas proton saga kita kejar proton perdana, kemudian sebuah bmw, kemudian sebuah kapal, kemuian sebuah jet peribadi. Tapi kita tak pernah bahagia kerana kita masih mahu lagi dari dunia. Kita terus cari apa lgi nikmat dunia yg boleh aku kecapi. Sampai bila? Sampai mati? Maksudnya begitu kita tak akan bahagia sampai mati. Kerana hati kita tak pernah puas.

Maka kejarlah perkara yg pasti akan membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Perkara yg memberikan kepuasan jiwa. Perkara yg memberi ketenangan di hati. Perkara yg menjadikan kita pasti dengan segala tindakan kita.

Wallahua’lam

0 Responses to “Tekanan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: