Denda

Satu prinsip baru yg aku baru mula belajar untuk tanamkan dalam diri: apabila kita memberi bantuan, pasti apabila kita di dalam kesempitan kita akan diberi bantuan pula.

Sabtu lalu, sewaktu bertugas sebagai penunggu checkpoint masjid dalam permainan ala-ala amazing race untuk adik2 tahun satu yg baru tiba, telah berlaku satu kejadian di luar sangkaan. Sebaik tamat melaksanakan tugas, aku hendak berangkat ke foreshore utk menyertai majlis makan2 bbq di sana. Baru sahaja hendak hidupkan enjin kereta, telefon berbunyi. Kak Wardiah telefon, meminta tlg untuk ambilkan tikar di dalam stirage di belakang masjid untuk dijadikan alas tempat duduk di Foreshore. Aku pun melangkah keluar kereta dan kembali ke masjid bersama2 kak syila yg menemaniku sepanjang hari.

Setelah mengambil tikar, baru ku sedar kunci keretaku tidak ada bersamaku. Panik. Dan terus berlari ke arah kereta. Seperti yg kupanikkan, kunci kereta tersangkut di tempat kunci di dalam kereta, dan pintu kereta terkunci. Sewaktu kak wardiah menelefon tadi, aku terus saja melangkah kelaur sambil menjawap telefon menyebabkan aku tidak sedar kunci telah pun ditaruh di tempat menghidupkan enjin. Lebih memanikkan, kunci spare ku simpan di dalam wallet dan wallet itu berada di dalam tas tangan yg berada di dalam kereta kerana aku sengaja tinggalkan sementara mengambil tikar.

Panik lagi. Tiba2 pintu kereta penumpang di sebelah dibuka oleh kak syila. Rupa2nya pintu di sebelah itu tidak dikunci. Kak Syila telah pun menguncinya, tetapi entah mcm mana ianya terbuka kembali (atau tidak tertutup dengan rapi). Alhamdulillah. Perasaan lega sewaktu itu Allah sahaja yg tahu. Baru mula terfikir utk mencari mekanik, dan baru mula sedih memikirkan nasib pintu yg terpaksa dikopak.

Dalam perjalanan ke forsehore, bermuhasabah dgn kak syila atas kejadian yg baru berlaku. Aku sgt2 bersyukur kerana 1) tidak perlu bersusah payah mencari mekanik utk mengopak pintu, dan 2) sementara aku mengambil tikar di belakang masjid yg memakan masa hampir 5 minit, keretaku tidak dicuri orang.

Muhasabah kami, ini pasti tidak lain bantuan Allah kepada kami. Kemudian kami mula berfikir, adakah kebaikan atau bantuan yg kami berikan kepada siapa2 dalam masa terdekat ini. Baru aku teringat, hari sebelumnya aku ada memberi bantuan kepada seorang sahabat. Dan kami berfikir, mungkin, mungkin inilah ‘pulangan kembali’ atas kebaikan itu. Mungkin. Sesungguhnya kami meyakini ALlah berkuasa melaksanakan apa sahaja, yakni bantuan tak perlu Allah beri hanya apabila kita terlebih dahulu memberi bantuan kepada org lain, tapi kami juga meyakini bahawa Allah pasti membalas segala kebaikan dengan kebaikan.

Muhasabah diri yang lebih jauh, bayangkan, hanya dengan pertolonagn kecil Allah melepaskanku dari musibah yg besar, bayangkan, dan bayangkan, apakah bantuan yg akan Allah berikan sekiranya kita menolong AGAMANYA?

Firman Allah: “Wahai orang2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (47:7)

MasyaAllah, Subhanallah! Dan siapakah yg lebih menepati janjinya selain Allah?

Oleh itu ayuhlah! Marilah! KIta tegakkan iman dan berjuang menolong agama Allah dengan bersungguh2!

Sebagai renunan bersama, mari lihat nasib org2 yg sombong terhadap Allah, “Dan sungguh,akan Aku isikan neraka Jahannam banyak dari aklangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat2 ALlah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak mempergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga ttp tidak mempergunakannya utk mendengarkan (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yg lengah (7:179)

Wallahua’lam

1 Response to “Denda”


  1. 1 budaksemesti February 19, 2009 at 12:12 am

    Salam ukhti. sedikit tips; tak perlu kopakpintu kalau ttinggal kunci. Call je racv ;p


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: