dan kita masih belum percaya

Australia dilanda musim panas antara yang paling hebat dalam sejarah, suhu sehari-hari kini tidak pernah kurang 40 darjah apabila menjelang petang. Hujan pula masih tidak mahu turun, atau Allah belum izinkan.

Dan semalam menyaksikan lebih 100 orang terkorban dalam kebakaran di Victoria dengan lebih 750 rumah dan harta persendirian musnah dijilat api. Dalam berita mangsa-mangsa yang terselamat menceritakan tentang detik2 mereka di ‘ambang maut’. Seorang mangsa menceritakan api yang sangat besar yang bermula dari hutan yang terbakar akibat cuaca yang tersangat panas, mara dengan sangat cepat, dalam masa beberapa saat sahaja dan terus menyambar rumah-rumah mereka. Yang tidak bernasib baik langsung tidak sempat mencuba untuk menyelamatkan diri: di bawah timbunan sebuah rumah yang runtuh terbakar, dijumpai mayat 4 orang kanak-kanak yang rentung berpelukan dengan dengan ibunya. Yang sempat keluar dari rumah ada yang tidak dapat melihat apa2 akibat asap yg sangat tebal lantas turut menjadi korban. Begitu juga yang cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan tidak dapat melihat jalan lantas berlaku pertembunagn dengan kereta2 lain sehingga mengakibatkan kemalangan yang dahsyat. Kereta2 yang terperangkap ini kemudiannya turut disambar api. Ramai juga yang cedera parah, terbakar teruk dan dalam keadaan kritikal. Seorang bapa yang terbakar teruk mendukung anaknya yang turut terbakar ke sebuah rumah jiran yang terselamat dan emrayu mereka utk menyelamatkan anaknya itu. Dia merayu sambil memberitahu bahawa dia telah pun kehilangan isteri dan seorang lagi anak, selamatkanlah satu2nya permata hatinya yang masih tinggal. Di luar kawasan terbabit, ramai saudara-mara yang terkejut dan hiba sebaik mendapat berita kematian ahli keluarga mereka. Seluruh Australia terkejut dan bersedih atas malapetaka yang tidak terduga ini.

Subahnallah. Allah hu akbar!

Satu saat mereka sedang duduk bergembira ria dengan ahli keluarga, sesaat kemudian ayah terpisah dgn anak, suami dgn isteri, datuk dgn cucu. Sesaat sebelum mereka sedang menjalani hidup seperti iasa, sesaat kemudian nyawa telah terpisah dari tubuh.

dan kita masih tidak mahu mengakui kekuasaan Allah. Siapakah Yang lebih berkuasa melakukan semua ini selai dari Allah Yang Maha Esa? Tidakkah ini menjadi bukti betapa Dia berkuasa mengawal hidup kita pada setiap saat? Bukankah ini bukti bahawa kekuasaanNya sangat besar sehingga apabila Dia menyeru, kita tidak sempat berbuat apa-apa?

Kekuasaan dan keagungan ALlah itu dilihat dari alam sekeliling dan dari apa yang berlaku. Lihat bintang2 d langit dan beritahu siapa yang mengadakannya?

FIkir, fikir fikir, dan berimanlah..

0 Responses to “dan kita masih belum percaya”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: