Bukan sembang orang awam

Jauh berjalan luas pemandangan
Banyak berjumpa orang luas pengalaman

Pagi, berziarah ke rumah seorang kakak yang baru mendirikan rumah tangga. Dijemput minum dan bersembang sambil-sambil menghirup teh panas dan menjamah kuih dan muih. Sungguh aku kagum. Ziarah ini hanyalah ziarah yang sebentar dan tidak dirancang teliti. Hanya untuk singgah sebentar mengambil barang yang perlu dipos ke australia. Tapi dalam jumpa yang sangat singkat itu begitu banyak butir hikmah yang sangat berharga diperoleh. Dari hanya melihat-lihat album perkahwinan, kami terus diingatkan tentang hikmah perkahwinan. Katanya, kahwin ini bukan perkara senang. Salah seorang kami bertanya, susah ye nak kahwin ni. Jawab kakak, kalau berkahwin untuk umat memanglah susah, banyak perkara perlu difikirkan, perlu diuruskan. dalam erti kata lain kahwin untuk umat menuntut pengorbanan yang tidak bertepi, pengorbanan harta, jiwa, masa dan juga keluarga. Kalau kahwin hanya untuk diri sendiri senang sahajalah, kata kakak lagi. Kami kemudian mengundur diri untuk menyambung perjalanan yang sebenar.

Bertolak ke sebuah kawasan perkelahan air terjun, kami bertemu dengan manusia-manusia yang telah lama berjuang untuk menegakkan kalimah ALlah. Mereka yang telah lama merasai susah dan payah menyampaikan kebenaran dalam kesesatan manusia. Sekali lagi aku kagum. Sememangnya ada sesi tazkirah yang pendek tapi yang benar-benar menggamit rasa kagum ialah sahsiah dan butir kata mereka dalam duduk-duduk dan bersantai di tepi sungai. Sembang-sembang yang mulanya biasa sahaja tentang pelajaran secara tidak sedar bersambung dengan kata-kata yang mengingatkan tentang Yang Maha Pencipta, tentang keadaan umat, ingatan untukku yang masih muda supaya terus berada di jalan ini, supaya terus meletakkan diri sebagai pejuang agama, sebagai pengganti mereka yang semakin dimamah usia.

Sungguh aku kagum. Dan sungguh mereka ini bukan orang awam yang biasa-biasa. Percakapan mereka sentiasa terarah kepada percakapan yang mengandungi nasihat, yang mengingatkan sungguhpun ia hanya lah percakapan biasa insan-insan yang bertamu di rumah atau yang sedang melepak di tepi sungai. Sungguh apa yang di hati dan akal mereka tidak sama dengan apa yang ada dalam diriku. teringat aku bahawa akhlak itu adalah apa yang terlahir secara spontan. Dan kespontanan mereka untuk berkata-kata tentang yang membawa kepada kebaikan itulah yang membuatku kagum. dan juga menjana perasaan dan harapan untuk jadi seperti itu juga. Semoga satu hari nanti aku juga akan seperti mereka, walau berkata apa, dengan siapa pun, moga-moga kata-kataku sentiasa adalah yang membawa manusia ke arah kebenaran, ke arah cinta kepada yang hakiki. Amin~

0 Responses to “Bukan sembang orang awam”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: