belum bertemu cinta agung

bukan. bukan Pencinta yang tidak menemui aku. tapi aku yang masih lengah tak mahu bergerak mencari cinta agung. Seolah-olah aku mahu cinta itu datang padaku. Hakikatnya CInta Agung hanya untuk mereka yg mahu bergerak, berusaha, mencari, berkorban dan terkorban dalam langkah mencari cinta agung itu. Mesti sanggup berabis harta mahupun jiwa untuk membeli keabadian cinta teragung itu. Tapi aku masih juga menunggu. Wahai Pencinta Teragung di atas segala keagungan, berikanku sedikit tamparan supaya aku mahu berlari mendakap cintaMu.

belum berkorban sampai tak larat.

“Maka apakah orang2 yg dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dgn org yg hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.” (39: 22)

Esok bakal menyaksikan penerokaanku dan rakan2. Meneroka tempat baru dan meneroka cabaran baru. Bekerja memetik ceri di Young, yang jauhnya 7 jam perjalanan dari Newcastle. Makanya, kalau ada tersilap merancang dan ada barang tertinggal jawabnya pasrah sajalah. Harus mula membetulkan niat. …Niat? Maka harus aku niatkan penerokaan ini untuk apa? Untuk mencari wang? Ya itu saja yg terlintas dalam fikiranku sejak kelmarin dulu dulu. Wang. Wang. Wang. Duit. Money. Nak carik wang nak bayar rego Zuhayr, sekali dgn servis, sekali dgn segala urusan birokrasi untuk perbaharui rego Zuhayr. Nak cari wang nak bayar hutang kad kredit yg tertunggak-tunggak. Nak cari wang supaya nanti banyak keinginan dunia boleh dilunaskan. OWh mengapa tidak? Kasut impianku belum terbeli lagi.

Kemudian hari ini dengan limpah kasih sayang ALlah Dia beri amaran padaku. Kalau wang yang aku mahu lihat bagaimana Dia berkuasa menghalang buas nafsu wang ku. Dengan masa bertolak hanya berbaki tidak sampai 20 jam lagi aku baru terlintas hendak mencari Tax File Number ku. Nombor supaya kerajaan australia boleh mengaut sedikit pendapatan denagn mengambil sedikit dari gajiku, dan juga nombor yg melayakkan aku utnuk bekerja secara legal. Seperti sudah kuduga, nombor yg kuperoleh 2 tahun lepas tapi tidak pernah digunakan itu telah hilang. Tapi aku relax sahaja, aku dail nombor pejabat cukai, dgn amat yakin nombor itu dapat dicari dgn mudah dalam database pejabat cukai. Bismillah pun x baca. Nah padan muka aku. Nama aku tidak ada dalam database. Tidak ada. “Anda pasti anda pernah mempunyai Tax File Number?” Tanya pegawai pejabat cukai. Aku jadi marah tak semena-mena. Patutlah NAbi bersabda org yg berjaya  bukanlah org yg banyak hartanya, tapi org yg berjaya menahan amarahnya.

Selepas mencuba semua perkataan yg ada dlm namaku; Nur. Balqis. Zahirah. Ali. tak kurg juga dgn kombinasi2 yg berbeza dan pelik bunyinya: Nur Zahirah. Balqis Zahirah. Nur Ali. tak ada satu pun sangkut. Lama2 aku fed up, pegawai pun fed up dan kami saling ber bye bye. Aku mula tak tentu arah. Sebagai seorg yg kuat menangis, aku pun menangis di tepi longgokan file yg ku geledah sebelumnya utk mencari Tax File Number durjana itu. Bingung, aku telefon ibu. Pesan ibu, jangan susah hati. Buat solat hajat, kemudian cari semula. Aku simpati pada org2 yg tak punya ibu, kerana ibu begitu penting dalam hidupku.

Selepas bertenang aku mula didatangi ilham. Aku telefon Yana, org yg berpengalaman bekerja dan berusan dgn org2 seperti aku yg suka bertangguh kerja sehingga ke last minute. ALhamdulillah, senang saja jawab Yana. Kamu pergi apply semula tax file number tu. lepas tu pergi kerja. beritahu tuan punya ladang nombor kamu kamu akan beri sebaik nombor itu sampai pada kamu. Aduh. Sia-sia aku menangis, begitu mudah rupanya jalan penyelesaiannya.

Selesai urusan apply tax file number itu aku pun terduduk dan berfikir. sebelum aku telefon Yana aku sebenarnya sudah berputus asa. Kalau tanpa tax file nummber susah utk aku bekerja jadi tak ada guna aku pergi jauh2 utk sia-sia. Dalam kecelaruan aku sudah membuat keputusan utk tidak bekerja, tukar tiket dan pulang saja ke Malaysia, dan kemudiannya nanti menagih simpati ibu ayah dan mungkin juga kakakku utk membantu membayar rego zuhayr. itu sebelum aku hubungi ibu dan Yana. Allah lebih amat amat Mengetahui.

Aku berfikir dan aku membuat keputusan ini mungkin adalah ujian Allah. Ini amaran. Niatku dunia semata-mata, sedangkan dunia ini Dia yang punya. Makanya sekarang, dengan penuh harap aku minta pada Allah bersihkan hatiku daripada sifat cintakan dunia. Jadikan penerokaan ini penerokaan untuk mencari cinta agungMu. Siapa tahu, aku perlu berjalan jauh sebelum aku temui cinta agungMu. Amin~

Dan sedikit bingkisan buat semua teman-teman: Nabi sesungguhnya telah bersabda bahawa Allah berfirman “KecintaanKu didapati oleh org2 yg saling mencintai dan saling duduk kerana AKu saling berkunjung keranaKu dan saling memberi keranaKu”. Ayuh jadi orang yg cintakan saudara lebih dari cinta diri sendiri. Ayuh berjuang dan berkorban sampai tak larat.

0 Responses to “belum bertemu cinta agung”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: