terus berusaha dan bertawakal

mengeluh~

kerana terlalu banyak yang perlu ditelaah dalam masa yang sangat singkat. sekali-sekala diserang rasa panik apabila memikirkan bagaimana jika tak sempat habis dan hafalkan semua fakta-fakta dalam lecture notes dan juga panik apabila usaha mengingati fakta2 yg telah dibaca tidak berjaya dilakukan.

sesungguhnya semua yang berlaku itu telah ditakdirkan oleh Allah, tidak ada yang kebetulan.

melayari internet di kala diri di tengah-tengah resah gelisah yang tak putus-putus sampai kepada sebuah artikel ditulis oleh seorang yang bukan islam menulis pengalamannya dalam sebuah pertandingan yang baru-baru ini disertainya. dalam pertandingan itu pasukannya kalah dan itu merupakan satu kejutan kerana mereka adalah pasukan favorit dan baru sahaja mengungguli pertandingan sama dianjurkan oleh pihak berbeza. kekalahan itu mulanya menyebabkan dia merasa sedih, tetapi kemudian setelah dia mengumpulkan semula kekuatan, dia berfikir, ‘kalau kita asyik nak fikirkan kejayaan, percayalah takkan bawa kita melangkah jauh.Pertandingan ini lebih bermakna bila kita, percaya pada diri, mengenali diri, dan sabar.”

yang membuatkan aku terfikir, apakah yang membuatkan aku resah-gelisah saat ini. kerana aku mahu lulus dalam peperiksaan. tapi aku telah lupa matlamat menuntut ilmu ini sendiri. iaitu aku mahu jadi orang yang beramal dengan ilmunya, yang ikhlas mahu membantu orang, bukan semata-mata mahu lulus dan tamatkan ijazah ini sehingga memaksa aku menyumbat-nyumbat dan memaksa-maksa juga diri membaca segala butir perkataan yang tercetak. sedangkan memang tidak munasabah pun untuk aku atau siapa-siapa sahaja menghafaz dan menghadam beribu-ribu perkataan itu.

dan aku juga telah lupa bahawa satu masa dahulu aku pernah berikrar bahawa aku tidak takut dengan kegagalan. mengapa kini aku menjadi hamba perasaan sendiri? ya Allah ebaskan aku dari ikatan perasaan ini.

sesungguhnya segala pertolongan itu milik Allah ~

1 Response to “terus berusaha dan bertawakal”


  1. 1 nurilahi November 13, 2008 at 6:53 pm

    salam alayk akak…”ketenangan dan kebahagian adalah hembusan dr langit diturnkan ke lubuk hati org-org beriman. Mereka tetap teguh dikala orang lain dalam kegoncangan”-Syed Qutub-..Hope this saying by Syed Qutub will be a motivation to you..chayo2!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: