tarbiyyah dari yang bernama imtihan

satu perkara yang semua orang tahu tentang peperiksaan ialah ianya merupakan saat ujian untuk menilai sejauh mana pergantungan kita kepada Allah. dan yang mengetahui menafsir bahawa pergantungan ini dimaksudkan dengan doa yang sungguh-sungguh yang tidak putus-putus dengan penuh rasa harap dan takut kepada Yang Memutuskan segala sesuatu.

Tapi ramai yang tidak tahu, bahawa pergantungan dengan Allah bukan doa sahaja, tapi juga amal. Ramai yang apabila mendekati peperiksaan, mengorbankan banyak perkara yang suka dilakukan apabila mempunyai masa lapang. Sedih sekali, perkara-perkara yang dikorbankan ini bujan sahaja wayang gambar kegemaran atau sukan kegilaan, tetapi juga amal ibadat. Hafazan QUran dikurangkan, tilawah diringkaskan, solat malam tidak terlakukan kerana penat yang amat study sehingga lewat malam. Tapi kita kata kita meletakkan prgnatungan yang penuh pada ALlah! Jadi mengapa kita tidak percaya bahawa perkara2 yang menyenangkan ALlah yang akhirnya akan membuatkan ALlah memutuskan sesuatu seperti yang kita pinta.

Ahasibanna su aiyutraku-ai yakulu a’manna, wahum la yuftanun~ Adakah manusia itu akan dibiarkan dengan mengatakan ‘aku telah beriman’ sedangkan dia tidak diuji?

Sungguh tepat frasa kata yang digunakan iaitu ‘peperiksaan’. Ingatlah wahai yang bernama muslim, peperiksaan buat kita bukan setakat yang tertera di atas kertas dan dijawab di dewan periksa, tapi juga peperiksaan oleh Allah Yang Mahu melihat siapa yang benar-benar percaya kepada Dia. Ya, hakikatnya kita lalui dua peperiksaan, dan beruntunglah kepada siapa yang lulus kedua-duanya!

Lulus atau gagal peepriksaan bukan penamat kepada segala-galanya (ayat cliche lagi terlalu biasa didengar). Tapi sebutlah sejuta kali pun, ramai yang tak dapat menerima hakikat itu. Ramai yang terus hanyut dibawa gelombang peepriksaan, terutamanya apabila keputusan telah diperoleh. Maka aku juga sudah ketandusan nasihat untuk menenangkan diri sendiri dan semua orang melainkan dengan kalimat ini:

Ma-aso ba mim musibatin fil ard-wa la fi an’fusikum illa fi kitabim min qabli annabraaha. ~ Segala musibah yang menimpa di bumi atau yang menimpa terhadap dirimu telah tercatat di dalam kitab (di luh mahfuz) sebelum ia berlaku. Innazaalika a’lallah hi yasir_ sesunnguhnya itu mudah bagi ALlah~
Supaya kamu tidak terlalu bersedih atas apa yang luput dari kamu, dan tidak terlalu gembira atas apa yang kamu miliki. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi mambanggakan diri. (baca 57:22-23)

iNGATLAH, INGATLAH DAN INGATLAH. Hanya pada Allah terletak segala keputusan. Tentunya aku sedang menasihati diri sendiri yang terbabas sebelum cuba menasihati orang lain. Ya Allah ampunkan aku atas kelalaian ku. Wallahua’lam.

0 Responses to “tarbiyyah dari yang bernama imtihan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: