Harus percaya dengan pasti

Semua orang ada masalah. Cuma, ada orang lari dari masalahnya. Dan ada orang bersabar berhadapan dengan masalahnya.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin itu diri mereka serta harta mereka dengan memberikan mereka syurga. Mereka berjuang di jalan ALlah sehingga mereka membunuh ataupun terbunuh, (sebagai) janji yang benar di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Dan bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung” (9:111)

Adakah lari itu jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah? Kadang-kadang kita beralasan bahawa kita punya batasan kemampuan, dan yang dilawan itu tidak sebanding kudrat yang kita miliki. Tapi kita lupa, kudrat itu boleh dibina, boleh diperkuatkan. Kudrat atau kemampuan itu subjektif, boleh dikembangkan. Yang lemah boleh menjadi kuat, yang bodoh boleh menjadi bijaksana. Asal sahaja kita mahu berusaha. Asal sahaja kita mahu bertahan untuk berusaha. (Baca: sehingga membunuh atau terbunuh. Kalau para sahabat dulu semua lari kerana tidak tertahan masalah dalam mempertahankan islam, kita jadi apa sekarang?)

Dalam banyak-banyak masalah, masalah yang terbesar sekali ialah tidak percaya Allah akan memberikan jalan keluar dari masalah itu. Masalah kedua terbesar ialah hilangnya sabar dalam menanti pertolongan Allah untuk menyelesaikan masalah itu. Apabila masalah pertama dan kedua terbesar ini dibiarkan tidak diselesaikan, segala macam masalah yang lain timbul.

Wa iza saalaka i’badi ‘anni fainni qarib. Apabila hambaKu bertanya kpdmu tentangKu maka sesungguhnya Aku dekat. Ujibu dakwatad da iiza da’an. Aku kabulkan permohonan org yg berdoa apabila dia berdoa. Falyastajibuli wal yu’minuni la’allahum yarsyudun. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman padaKu, moga-moga mereka mendapat petunjuk.

Wa man aufa bi’ahdihi minallah? Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?

Berdoalah, dan mintalah padaNya, Dia pasti berikan, kalau bukan seperti yang kita mahu, pasti Dia beri jalan yang lain. Janganlah lari, janganlah putus asa dari meminta. Dan janganlah terpedaya oleh bisikan syaitan yang selalu membisikkan kata-kata pelemah yang cuba menghentikan pergantungan kita pada Allah.

Aku punya masalah, dan kau juga punya masalah. Antara aku dan kau, yang akan berbeza ialah pergantungan kepada Allah, walaupun pengakhirannya mungkin sama. Wallahu’alam.

Ya, aku memang sedang punya masalah sekarang. Masalah ini dipanggil masalah pasca Ramadhan.

0 Responses to “Harus percaya dengan pasti”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: