Muhasabah Ramadhan

La Yukhriju asy shahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun – ibnu Athaillah
Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan kepada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati atau rasa rindu  pada Allah yang membuat hati merana.  (T_T)

Tahun ini, sama seperti tahun-tahun yang lalu. Bukan Ramadhan yang sama. Alhamdulillah Ramadhan kali ini ada kelainan dari Ramadhan2 yang dulu. Yang sama ialah sambutan 1 SYawal. Yang sama ialah aktiviti makan yang tak henti-henti dari pagi celik mata sampai mata tertutup kembali. Yang sama ialah jalan-jalan dan sembang-sembang juga dari pagi sampai ke malam. Yang sama ialah kesungguhan menyambut satu Syawal itu tanpa perlu dipaksa-paksa.

Semalam aku bertanya kepada beberapa orang, sama ada yang arif tentang agama atau yang tidak, soalku (dalam keadaan perut sendat terisi sepenuh-penuhnya), “Macam mana Nabi Muhammad saw menyambut 1 Syawal?” Jawab mereka, mereka tidak tahu. Aku pun sama tidak tahu juga. Yang aku tahu, beginilah caraku menyambut Syawal sejak aku mengenali puasa dan raya. Maksudnya, cara sambutan hari rayaku ini sebenarnya mengikut acuan adat, bukan acuan sunnah. Masalahnya, sunnah sambutan hari raya pun tak tahu, macam mana pula nak ikut?

Yang pasti, aku tahu Nabi tak mungkin menyambutnya begini. Tak mungkin diisi dengan pelayanan nafsu makan bertubi-tubi. Nanti ada orang mempersoalkan, itu bukan salahnya raya. Itu salahnya diri sendiri yang tidak mengekang nafsu makan sewaktu pergi beraya. Biar aku ceritakan, sewaktu di rumah entah nombor berapa yg aku ziarahi semalam, aku menolak untuk makan kerana tidak sanggup menzalimi perut lagi. Biarlah datang menunjukkan wajah sebagai meraikan tuan rumah. Tetapi kemudian aku ditegur oleh tuan rumah, yang bertanya kenapa aku tidak makan? Lalu datanglah rasa tidak sampai hati untuk tidak makan. Lagipun ianya nampak tidak beradab seandainya kita datang ke rumah orang tidak menjamah juadah yang disediakan dengan susah-payah. Lalu aku sumbat-sumbatkan juga, walaupun kuota 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara telah lama tamat (= 3/3 makanan) Bukankah itu adalah sunnah yang telah dikorbankan itu?

Jadi soalnya bukan mahu atau tidak mahu mengekang nafsu makan, tapi template budaya kita menolak kita untuk makan juga tak henti-henti. Tapi sekali lagi aku bertanya, adakah ini yang Nabi lakukan pada 1 Syawal?

Nabi dan para sahabat apabila bergemanya takbir raya mengalirkan air mata tak putus-putus kerana menangisi perginya Ramadhan. Mereka sangat-sangat mencintai Ramadhan itu sehingga kesedihannya berlnagsung berhari-hari. Impak dari bulan Ramadhan berlanjutan untuk satu jangka masa yang lama. Dan ramai seawal hari raya kedua sudah mula menunaikan puasa 6. Tapi kita tidak begitu. Air mata kita mengalir juga sewaktu takbir bergema, tapi belum tentu kerana sedihnya atas Ramadhan yang telah berlalu. Kepada yang air matanya mengalir laju semasa malam raya kelmarin, tanya semula apakah sebab air mata itu turun. Budaya melayu memang hebat dalam soal mengimarahkan bulan Syawal. Sampai 30 Syawal pun masih ada yang mengadakan open house. Tapi soalnya, kadang-kadang samapi terlebih-lebih melayan nafsu. Dan bukan kadang-kadang pembaziran berlaku. Tapi kita terus juga ikut adat. Bila kita akan mula ikut sunnah?

Aku sedih. Dan juga takut. Takut nafsu kembali menguasai diri selepas sebulan berhempas-pulas melawan nafsu. Apabila nafsu menguasai diri pincanglah jiwa, gelaplah hati.

Melihat dari kaca mataku yang sempit, aku melihat ada kelonggaran dari segi pengurusan sambutan 1 Syawal. Sedihnya kerana perancangan Ramadhan yang begitu rapi tidak diikuti dengan perancangan Syawal. Tidak ada perancangan utnuk majlis sambutan atau open house setiap rumah. Sudahnya, hampir semua rumah masak bersungguh-sungguh dalam kuantiti yang banyak pada hari raya pertama itu sendiri, dan sudahnya semua orang berjuang bersama-sama untuk menghabiskan makanan2 ini pada hari raya pertama itu sendiri. Sekali lagi, kalau tak dijamah seperti tak berbudaya pula. Tidak menuding jari kepada sesiapa, ini salah kita bersama. Dengan izin Allah, semoga Syawal seterusnya tak akan jadi begini lagi. Mungkin Syawal2 seterusnya kita boleh isikan tuntutan hati daripada tuntutan nafsu.

Mungkin pada orang aku bersikap mengada-ngada. Biarlah kalau semua orang nak masak dan nak menjemput semua orang datang makan biarlah mereka buat kebaikan. Tapi aku melihat nafsu itu satu masalah yang sangat besar. Satu bahana yang melampau. Dan aku melihat ramai kita merajakan nafsu pada 1 Syawal yang sepatutnya untuk meraikan kemenangan melawan nafsu. Ironi. Kita meraikannya dengan membebaskannya. dan lihatlah nasib orang-orang yang merajakan nafsu. Mungkin ada yang soal kembali, setakat satu atau dua hari apa salahnya? Tapi bukan semua orang dapat menahan diri selama satu atau dua hri. Ada yang apabila telah dimulakan, tak boleh berhenti lagi dari makan dalam kadar yg banyak.

Mungkin juga kerana kita tidak melihat nafsu itu sebagai satu musuh yang besar. Tapi aku melihatnya sebagai musuh yang durjana, dan aku bercakap sebagai orang yg pernah merasai betapa dahsyatnya hidup bernaungkan nafsu. Nauzu billah hi min zalik. Salam aidilfitri semua. Maaf zahir batin.

0 Responses to “Muhasabah Ramadhan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: