Pinta untuk kejernihan hati

Sebahagian sabda Rasulullah: Ketahuilah bahawa di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya.

Keseluruhannya.

Sebesar-besar amal boleh menjadi kecil kerana niat, dan sekecil-kecil amal boleh menjadi besar juga kerana niat. dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘keseluruhan’. Walau sebanyak mana pun amal yang kita buat, kalau niatnya terseleweng untuk mendapatkan kemayshuran atau tujuan-tujuan lain, maka ‘keseluruhan’ amal kita itu tiada gunanya. Juga jika kita menabur amal sebnayak mana pun, tetapi dengan hati yang tidak ikhlas dan menyumpah-seranah, maka yang tinggal adalah dosa yang menambah bintik hitam di hati. Apabila hati rosak, maka rosaklah keseluruhannya.

Keseluruhan juga merangkumi akhlak, peribadi, pembawaan diri, hubungan sesama manusia dan paling penting, hubungan dengan Allah. Tanpa hati yang bersih, pincanglah akhlak, rosaklah budi. Manakan tidak, hati yang tidak bersih tidak akan mendorong empunya diri untuk bersikap suka bersedekah, kerana hati yang tidak bersih risaukan harta yang berkurangan. hati yang tidak bersih tidak akan mendorong untuk berkata benar kerana risaukan rahsia yang akan terbongkar, atau peluang yang akan tertutup. Hati yang tidak bersih tidak akan mendorong sikap suka menolong kerana tidak suka orang lain hidup senang apatah lagi lebih dari kita. Hati yang tidak bersih menolak ke arah kelakuan kasar kerana hati itu sendiri telah menjadi keras dan diterjemahkan ke dalam perbuatan yang keras jua.

Hati yang tidak bersih mengkucar-kacirkan hubungan sesama manusia, terutamanya apabila timbul sifat hasad dengki dalam hati. Kita dengkikan kawan yang selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kita dengkikan kawan yang bernas kata-katanya. Kita sampai dengki kepada persahabatan rakan kita dengan rakan yang lain kerana rasa terpinggir. Lantas hati yang tidak dapat menerima kenyataan-kenyataan ini mula merangka untuk memporak-porandakan kehidupan rakan kita. Kita lemahkan semangat rakan yang suka belajar. Kita ejek-ejek apabila rakan kita melontar pendapat. Kita laga-lagakan kawan kita.

Hati yang tidak bersih juga sering tewas kepada bisikan anfsu dan syaitan. Hati yang tidak bersih cepat sahaja terbuai oleh belaian nikmat dunia. Firman Allah , “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya)” (7:201) Tidak. Orang yang hatinya tidak bersih tidak nampak ini, kerana hatinya telah tertutup dek kerana dosa-dosanya sendiri. “Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka” (83:14)

Sahabat-sahabat, sekurang-kurangnya jagalah hati kita agar jangan sampai terjejas hubungan kita dengan Allah. Hati yang tidak bersih adalah hati yang cepat berputus-asa apabila ditimpa kesusahan. Dan berburuk sangka dengan Allah atas keputusanNya sedangkan firman Allah, “Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya” (6:134) Apabila hati tidak bersih, kita menjauhkan diri dari Allah sehingga akhirnya hubungan itu putus terus. Pergantungan pada Allah hilang dan yang tinggal hanyalah kehidupan yang berterusan tanpa rasa cinta, kasih dan pengharapan pada Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku takut andai hatiku jadi segersang ini.

Mohon agar bulan Ramadhan ini dapat dimanfaatkan untuk membersihkan hati sebersih-bersihnya. Mahu membunag segala bisikan hati yang tidak enak. Mahu beramal dengan ikhlas. mahu menjaga hubungan dengan kawan. Mahu jadi hampir dengan Allah. Mohon diperkenankan. Amin.

0 Responses to “Pinta untuk kejernihan hati”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: