ikhlas..ikhlas..ikhlas

baru pulang dari lecture, dan otak terasa tidak bersedia untuk mengharung semula nota-nota tentang penyakit dan rawatan. walaubagaimanapun, kerehatan itu adalah bukti kelalaian seorang daie’ maka di sini aku membuat keputusan untuk menaip sesuatu yang harap-harapnya bermakna demi untuk tidak terlalai dalam kerehatan. Dan juga kerana hendak menyahut seruan ‘faiza faraq tafansab’, setelah selesai satu perkara, lakukanlah perkara (berfaedah) yang lain pula. Dan juga kerana masa tetap akan berlalu, sama ada diisi dengan rehat, perkara tidak berfaedah, atau perkara berfaedah, masa tetap akan pergi. Maka mengapa harus dibiarkan masa berlalu dalam rehat yang sia-sia atau dalam perkara yg tidak berfaedah.

Ikhlas.

Adalah sesuatu yang kita telah dengar dan pelajari sejak kecil lagi, tapi adalah perkara yang paling susah untuk dipraktikkan dengan betul. Bandingkan dengan makan. Pertama kali kita belajar cara untuk makan mungkin juga tidak lama sebelum kita belajar konsep ikhlas. Tapi adakah kita masih struggle untuk makan pada hari ini sepertimana kita struggle untuk ikhlas?

Ikhlas itu bukan untuk dipelajari, tetapi untuk disebatikan dalam jiwa. Ikhlas juga bukan setakat pada perkara-perkara yang ‘jelas’. COntohnya, bukan setakat perlu ikhals dalam memberi sesuatu, beri sedekah, beri pinjaman, beri pertolongan kepada orang lain. Atau ikhlas menghadirkan diri ke program-program yg disediakan tatkala diri sedang membuat persiapan untuk peperiksaan, atau ikhlas mengeluarkan wang untuk dipinjamkan kepada kawan atau untuk diberi sebagai biaya program agama walaupun diri sendiri dalam kesempitan. Bukan setakat itu. Ikhlas bukan setakat apabila ikhlas itu diperlukan.

Ikhlas juga diperlukan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka atau tidak dirancang. Ramai orang boleh ikhlas hatta mengorbankan seluruh hartanya sekalipun untuk islam, tetapi ramaikah yang ikhlas apabila sampai soal hati dan perasaan? Ikhlaskah kita untuk redha meraikan kegembiraan rakan kita mendapat sesuatu yang sebenarnya telah lama kita inginkan? ikhlaskah kita apabila kita bersimpati terhadap sesuatu keburukan yg menimpa rakan kita?

IKhlaskah kita menerima perubahan rakan kita yang semakin lama semakin mendekatkan dirinya kepada ALlah sedang kita masih di takuk lama? Seandainya kita ikhlas, kita akan turut menanam azam untuk menjadi sebaik rakan kita itu. Seandainya tiada keikhlasan, takutlah kita akan terjatuh dalam golongan yang dengki yang cuba menjatuhkan orang lain.

Tatkala diberi taklifan, ikhlaskah kita menerima taklifan yang diberi kepada kita dan tidak membanding-bezakan dengan taklifan orang lain? COntohnya, kita diberi taklifan yang kecil seperti memasak, sedang sahabat kita menerima taklifan yang ‘lebih gah’ seperti menjadi pembentang pada satu-satu proram. Ikhlaskah kita menerima tanggungjawab tersebut tanpa merasa cemburu kepada orang lain?

Apabila kita melaksanakan sesuatu tanggungjawab, kita melihat usaha kita tidak berapa membuahkan hasil sedangkan usaha rakan-rakan seperjuangan kita berjaya dengan gemilang. Ikhlaskah kita menerima bahawa Allah memberi kita kemampuan yang berbeza-beza dan yang sepatutnya kita lakukan adalah terus berusaha tanpa merasa resah-gelisah melihat rakan-rakan yang lain terus-menerus menempah kejayaan. IKhalskah kita memahami bahawa Allah melihat usaha dan bukannya natijah?

Dan ikhlaskah kita untuk berlapang dada menerima keputusan syura? Seandainya pendapat atau keputusan umum bercanggahan dengan keinginan kita, redhakah kita menerimanya? Lebih-lebih lagi jika keputusan tersebut berkenaan dengan diri kita dan ternyata keputusan tersebut membawa manfaat kepada semua org kecuali diri kita, relakah hati menerima? Di sini, keikhlasan  teruji dari segi tujuan dan matlamat perjuangan kita, samaada kita berjuang untuk kesenangan orang lain atau kesenangan diri sendiri.

ketahuilah bahawa dalam diri manusia itu ada seketul daging, seandainya baik daging itu, maka baiklah keseluruhan dirinya, seandainya buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati”

Maka peliharalah hati kita denagn keikhlasan. Dalam setiap perkara dan dalam setiap saat. Lakukalah sesuatu itu lillahita’ala, bukan kerana mengharapkan kemasyhuran, bukan supaya orang mengenali kita dan tahu apa yang telah kita sumbangkan untuk islam, bukan juga supaya orang tahu bahawa kita telah berubah menjadi baik, atau supaya adik-adik lebih sayang kepada kita. BUkan kerana semua itu, hanya kerana Allah swt.

LAwanlah segala perasaan buruk yang menyinggah di hati. Peringatkan hati bahawa yang dikejar hanyalah redha Allah, dan bukan segala bentuk nikmat dunia. Wallahua’lam.

0 Responses to “ikhlas..ikhlas..ikhlas”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: