Di manakah Al-Quran dalam hidup singkatku?

Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, Yang masih memberiku ruang dan peluang untuk menghampirkan diriku kepadaNya. Yang masih sudi menunjukkan aku lorong yang lurus dan benar, setelah lorong itu aku tutup selama ini dengan dosa-dosaku yang melangit luas.

Hari ini aku berdampingan dengan surah al-Muzzammil.

“Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu” (73:5)

Apakah perkataan yang berat itu? Tidak lain tidak bukan perkataan itu adalah bait-bait Al-Quran. Dan apakah yg dimaksudkna bhw ayat al-quran itu berat? Adakah secara literal atau secara tersirat? Menurut ibnu kathir, ulama’ menafsirkannya sebagai kedua-duanya, secara literalnya, bukti dapat dilhat daripada kisah yg diceritakan oleh Zaid bin Thabit, yang mengatakan, “Rasulullah menerima wahyu sedang pahanya di atas pahaku, dan aku merasakan bahawa pahaku hampir hancur akibat menanggungnya”.

Dan secara tersiratnya, berat ini boleh membawa maksud, ‘satu bebanan yg sukar ditanggung oleh jiwa dan perasaan’. Ini dapat dilihat dari sabda baginda apabila ditanya oleh Abdullah bin Amr’, apakah yg dirasai Rasulullah apabila wahyu diturunkan kepada baginda. Dan Rasulullah menjawab yg maksudnya lebih kurg begini: “Aku mendengar bunyi loceng maka aku diam untuk seketika. Tidak ada satu penurunan wahyu yang turun kepadaku melainkan aku merasakan bahawa nyawaku akan dicabut (mati)” (Riwayat Imam Ahmad)

Saidatina Aisyah juga ada meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah menerima wahyu, peluh akan keluar dari dahinya walaupun pada hari yang sejuk. Ini menunjukkan betapa ‘berat’nya bait-bait al-Quran ini.

Aku kemudian bertanya kepada diriku, ‘beratkah al-QUran ini kepadaku?’

Bahkan gunung juga hancur apabila al-Quran diturunkan ke atasnya.

“Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yg dengan itu gunung-gunung dapat digoncangkan, atau bumi jadi terbelah, atau org yg sudah mati dapat berbicara, (itulah Al-Quran)” (13:31)

Sedang jiwaku, adakah ia merasai ‘berat’nya Al-Quran ini? Tidak, malah ia terlalu ringan bagiku. Hanya dibaca selepas solat untuk konon-konon menunjukkan baiknya diriku. Untuk mengisi sebahgian hidupku yg sudah cukup sekular denagn ‘sedikit’ agama. Dan ayat-ayatnya aku baca sekali lalu tanpa memahami maksudnya. Maka, aku merasakan al-Quran itu ringan sekali.

Aku juga membanding-bezakan al-Quran denagn buku-buku kuliahku, dan kemudian baru aku mengerti maksud ‘berat’. Apabila aku menelaah buku-buku sekolahku, aku membacanya dengan teliti, cuba memahami semua konsep dan teori yg diterangkan sebaik mungkin. Cuba mengingat sebanyak mungkin. Dan apabila aku tidak memahami atau mengingati sesuatu, aku mula terasa ‘berat’. Dan apabila semakin banyak yg aku pelajari, semakin banyak aku sedar yg banyak lagi yg tidak aku ketahui, aku semakin bertambah-tambah rasa berat. Aku yakin, semua yg bergelar pelajar pasti faham apa yg aku maksudkan, tak perlu digambarkan lagi apakah perasaan ‘berat’ ini.

Tetapi dengan Al-Quran, terasa beratkah kita terhadap isi kandungannya? Terasa terbebankah kita untuk meniliti, menelaah dan menghadam maksud2nya? Terasa perlukah kita untuk menghafaz bait-baitnya dan disemat kemas-kemas dalam jiwa? Terasa inginkah kita untuk sama-sama merasai beratnya al-Quran ini seperti mana yg dirasai Rasulullah?

Jika kita menyoroti kisah King Louise IX yang ditahan dalam penjara umat Islam, telah menggunakan masanya dalam penjara itu mengamati keadaan umat Islam. Dan apabila ditebus (dengan emas seberat dirinya), dia terus mencanangkan bahawa satu-satunya cara Nasrani dapat menumpaskan umat Islam adalah dengan memisahkan kita dari al-Quran! MasyaAllah, implikasi cerita ini sangat besar. Satu, kita melihat bahawa orang kafir sendiri dapat melihat betapa hebatnya kesan al-Quran dalam kehidupan umat Islam. Mereka melihat al-Quran sebagai satu faktor yang ‘berat’ dalam kekuatan umat Islam, sedangkan ianya (kalau nak diikutkan) hanyalah bait-bait ayat! Kedua, aku merasa sungguh sayu memikirkan nasib diriku dan ramai lagi di luar sana yang menjadi mangsa, lahir dalam keadaan al-Quran dipandang enteng dan menyebabkan kita tidak nampak akan ‘berat’nya al-Quran.

Tetapi Alhamdulillah, dan InsyaAllah, selagi masih ada masa yang berbaki, dan selagi masih ada rahmat Allah menujukkan kita jalan yang lurus, maka pasti masih ada peluang untuk kita merapatkan diri dengan Al-Quran. InsyaAllah.

Aku tidak mahu terus menjadi kijang yang pengecut, aku mahu menjadi singa yang berani. Kerana aku percaya dengan pasti.

0 Responses to “Di manakah Al-Quran dalam hidup singkatku?”



  1. Leave a Comment

Leave a comment




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other subscribers