Asasnya iman

Masalah akan terus-menerus selagi mana hidup tidak didasari iman.
Kita melihat remaja-remaja yang berpeleseran dan berkelakuan negatif seperti lumba haram, pergaulan bebas yang melampau-lampau, budaya ponteng sekolah, budaya merokok, sebagai remaja yang bermasalah. Tetapi mereka sendiri tidak melihat diri mereka sebagai bermasalah.
Muda-mudi ramai yang memilih untuk bercouple. Tidak kurang juga mereka yang mengakui bahawa diri mereka pendokong agama, orang yang soleh dan muslih, juga ada yang tidak nampak bahawa bercouple ini sebagai satu masalah.

Dalam kebanyakan blog-blog islamik yang saya baca, sungguh ramai org membincangkan tentang isu coupling di kalangan mrk yg mengakui diri sebagai pejuang agama ini. Ada yang langsung membuat teguran secara kasar, menuduh ikhwah akhawat ini sebagai orang yang tidak ikhlas, orang yang tewas kpd nafsu, org yg belum memahami agamanya.

Saya melihatnya dari sudut yang berbeza. Bukan maknanya melihat bahawa coupling itu betul, malah saya tidak melihat kpd isu itu sahaja. Saya melihat bahawa apa-apa masalah sekalipun, sama ada bercouple atau lengah dalam solat atau tidak ikhlas melakukan sesuatu itu semua berpunca dari hati yang gersang. Kerana hati yang padu mengingati ALlah dan benar-benar ikhlas dalam agamanya, hatinya tidak akan terarah pun kepada masalah-masalah rekaan manusia ini.

Kerana cintanya yang teragung hanya kepada Allah.

“(Iaitu) mereka yang mengingati ALlah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata) Wahai Tuhan kami, tidak Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, selamatkan kami dari azab api neraka” (3:191)

Ya Allah, jadikan kami orang2 yang Engkau sebut dalam firmanMu ini, iaitu orang yg ingat ENgkau dan hanya Engkau dalam setiap saat hidup kami agar fikiran kami tidak terarah kepada tarikan dunia yang menyesatkan.

Ya Allah, jadikanlah kami org2 yg beriman. Orang yang hatinya penuh mencintaiMu sehingga kami menjadi org yg berserah sepenuhnya kepadaMu dan tidak tumpas dengan godaan dunia.

Apakah ciri-ciri org yang beriman?
Sungguh beruntung orang2 yang beriman. (iaitu) orang yg khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yg menunaikan zakat, dan org yg memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yg mrk miliki, maka sesungguhnya mrk tidak tercela” (23:1-6)

Dan bagaimana kita tahu jika hati kita penuh dengan iman atau kering kontang penuh dengan dunia?
APabila kita memiliki dan merasai ciri-ciri di atas dan juga, “Sesungguhnya orang-orang yg beriman adalah mereka yg apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka. Dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, semakin bertambah iman mereka. Dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal” (8:2)

Maka periksalah selalu hati kita. Tidak sepatutnya kita beralasan bahawa kita tidak menyedari bilakah saatnya iman kita turun atau naik. Periksalah solat kita. Khusyukkah kita dalam solat kita? Gementarkah hati kita apabila teringat atau diingatkan tentang Allah? IKhlaskah kita dalam setiap yang kita lakukan?

Kesimpulan yang ingin saya sampaikan ialah penyelesaian kepada semua masalah yg kita lihat hari ini bukanlah pada teguran yg keras, pedas dan memedihkan hati (walaupun ia mungkin meninggalkan sedikit bekas), kerana soal hati itu dipegang oleh ALlah. Seandainya kita semua berhimpun dan berpadu tenaga cuba memaksa seseorang itu untuk berubah sikap, ia tetap tidak akan berlaku tanpa izin Allah, kerana Dialah yang memegang segala hati-hati. DIa memberi petunjuk kepada siapa yg DIa kehendaki, dan menyesatkan siapa yang DIa kehendaki. Penyelesaiannya tetap kepada usaha pembaikan iman. Kerana islam itu adalah agama fitrah, apabila kita memahami islam dan beriman serta beramal, sgl tindak-tanduk kita insyaAllah akan sendirinya berbalik kepada fitrah iaitu sunnatullah.

Sebab itu langkah pertama dalam membangunkan semula islam ialah pembentukan individu. Membentuk individu yang beriman, bertaqwa, ikhlas, mencintai ALlah dan rela berkorban di jalanNya. Dan individu-individu inilah yang akan terpelihara dari melakukan kesilapan, akibat hati yg terang dan tersuluh ke jalan yang benar. Seperti firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada ALlah, niscaya dia akan memberikan Furqan (kemampuan membedakan antara hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Allah memiliki kurnia yang besar” (8:29)

Tetapi manusia itu diciptakan tidak sempurna. Tidak boleh tidak kita pasti akan melakukan kesalahan, kerana kejahilan atau ketidak sengajaan mahupun kerana terlupa atau terbuai dalam arus dunia, maka sentiasalah kita berusaha untuk terus meningkatkan iman kita agar kita menghampiri darjat org2 yg terpelihara dari kelalaian dan kealpaan ini, dan juga agar apabila kita jatuh kita akan segera bangun kembali.

Dan bagaimanakah caranya meningkatkan iman? Ingatlah pesan Rasulullah, “Umatku tidak akan sesat selagimana mrk berdampinagn dgn dua perkara, iaitu Al-Quran dan sunnah ku”. Maka dampingi, fahami dan amalkanlah dua panduan tersebut. Dan ajarilah kepada org lain, kerana sabda Nabi, “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari AL-Quran dan mengajarkannya” (HR. Bukhari)

Wallhua`lam. Dari org yg sedar imannya setipis kulit bawang dan boleh tersungkur bila-bila masa tanpa rahmat dan belas ihsan Allah. Ya ALlah pehilara imanku, iman ibu bapaku, iman para sahabatku, iman para guruku, dan iman seluruh muslimin dan muslimat.

0 Responses to “Asasnya iman”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: