Bersyukur dengan apa yang ada

Ada satu kisah.
Ada seorang usahawan berjaya yang hidupnya sibuk menguruskan hal-hal perniagaannya.
Satu hari, dia sedang dalam kenderaan mewahnya, dipandu oleh pemandu peribadinya menuju ke tempat kerjanya. DI belakang kenderaannya ada seorang penunggang basikal sedang menunggang rapat di belakang kenderaan tersebut.

TIba-tiba kereta usahawan tersebut berhanti secara tiba-tiba dan usahawan itu pun turun sambil di tangannya sedang memegang telefon bimbitnya, berbual dengan seorang klien penting.
Penunggang basikal yang terkejut dengan pemberhentian tiba-tiba kereta tersebut tidak sempat mengelak lantas melanggar usahawan yang sedang sibuk berbual tersebut.
Telefon bimbit usahawan itu tercampak ke tengah jalan.

Tiba-tiba sebuah trak yang besar lalu lantas melenyek telefon bimbit tersebut sehingga ia hancur berkecai.
Usahawan itu lantas memarahi penuggang basikal tersebut kerana bukan sahaja dia telah menyebabkan telefon bimbitnya yang mahal itu hancur berkecai, malah telah mengganggu urusannya dalam mengembangkan lagi perniagaannya melalui seorang klien.
Akibat terlampau marah dan tidak berfikir panjang, usahawan itu mengeluh dan berharap agar masa dapat dikembalikan dan kejadian yang baru berlalu itu tidak akan berlaku.
Rupa-rupanya penunggang basikal itu adalah seorang tukang sihir dan dia memang mempunyai ilmu untuk mengembalikan masa lampau.
Lantas dia pun memutarkan kembali masa dan kembali ke situasi di mana usahawan tersebut masih lagi duduk di dalam kereta, berbual dengan kliennya.

Sekali lagi, kereta itu berhenti secara tiba-tiba dan usahawan itu melangkah turun sambil masih terus berbual. Tetapi kali ini penunggang basikal itu tidak lagi melanggarnya (kerana dia sudah tahu apa yang akan berlaku).
Usahawan itu pula, terlalu asyik berbual sehingga tidak melihat ke kiri dan ke kanan dan terus melintas jalan. Trak yang tadinya melenyek telefon bimbitnya kali ini lalu seklai lagi tetapi kali ini melanggar usahawan tersebut……

Kisah ini mungkin hanyalah sebuah kisah rekaan (yang mungkin sahaja mengandungi unsur yang bertentangan dengan islam), tetapi lihatlah dari sudut pengajarannya.

Manusia selalu tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Kita selalu merungut dan mengeluh dengan apa yang diberi oleh ALlah kepada kita. Kadang-kadang kita berharap menjadi orang lain, yang pada pandangan kita lebih bernasib baik berbanding diri kita. Nauzubillah-hi-min-zalik, kadang-kadang kita sampai menuduh ALlah berlaku tidak adil apabila memberikan kita sesuatu yang tidak kita ingini atau tidak seperti yang kita harapkan.

Tetapi kita lupa, bahawa ALlah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Kita mahu menjadi kaya, tapi mungkin kekayaan itu akan membuat kita menjadi tamak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan seperti menipu, rasuah, menikam kawan dari belakang. Oleh kerana sayangnya Allah kepada kita dan DIa Mengetahui bahawa dengan kekayaan akan menjerumuskan kita ke neraka, Dia lantas menjadikan kita miskin walaupun kita telah berusaha dengan kuat untuk menjadi kaya.

Kita mahu menjadi pandai. Tetapi mungkin dengan kepandaian itu akan menyebabkan kita jadi takabbur, riak, ujub dan memandang hina orang lain yang tidak sepandai kita. Sekali lagi, denagn kasih sayang Allah yang mahu menyelamatkan kita, DIa berikan kita kepandaian yang sederhana walaupun kita telah belajar dengan bersungguh-sungguh.

Kita mahu tubuh yang kuat dan sihat. Tetapi mungkin dengan kesihatan itu kita akan menyalahgunakannya, menindas orang yang lemah, menjadi kaki pukul, atau menghabiskan masa di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Lantas, dengan rahmat kasih-sayang Allah dia menjadikan kita sakit supaya kita tidak menganiaya orang lain dan lebih selalu mengingati diriNYa.
Seperti firman Allah : “Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (2:216)

ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI

Jadi bersyukurlah! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Pengalaman saya sendiri (satu lagi kisah): Baru-baru ini keputusan peperiksaan telah diumumkan. Salah satu subjek yang saya ambil semester lepas, keputusannya tergantung, maksudnya tidak ada jawapan muktamad sama ada saya lulus subjek tersebut atau tidak. Sekarang saya sudah tahu, ia berlaku hanyalah kerana masalah teknikal, salah satu repot yang saya hantar perlu dihantar semula dan kemudian keputusan saya akan ditukar menjadi lulus.

Tetapi sewaktu mendapat berita tersebut, hati saya jadi sangat kecamuk dan risau. Dan saya mula berfikir-fikir, kenapa jadi begini? Kalau saya gagal, kenapa ia boleh berlaku? KENAPA ALLAH BIARKAN IANYA BERLAKU SEDANGKAN SAYA SUDAH BERUSAHA?

Apabila saya teringat kembali kejadian ini, saya pasti menjadi sebak. Kerana sayalah manusia yang bukan sahaja tidak bersyukur dengan apa yang diberikan ALlah kepada saya, malah sampai mempersoalkan apa yang Allah lakukan. Ya Allah, ampunkan dosaku. Dengan sangat saya memohon.

Sebelum ini saya memang pernah memikirkan soal ini, iaitu sekiranya saya gagal dalam peperiksaan saya tetap akan bersyukur kepada Allah dan menerima ketentuanNya dengan redha. Tetapi tidak sangka, apabila ianya benar-benar (hampir) berlaku, saya lupa semua yang telah saya fikirkan dulu. Saya lupa untukbersyukur. Saya lupa bahawa Allah Mengetahui, sedang saya tidak mengetahui. Benarlah firman Allah, “Apakah manusia akan dibiarkan dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji?” (29:2)

Mengakui dengan lidah memang amat mudah. Mudah sahaja dahulu saya menuturkan bahawa saya tetap akan tenang dan bersyukur sekiranya saya gagal dalam peperiksaan. Tetapi apabila saya DIUJI, saya terus lupa. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang benar dalam perkataanku dan perbuatanku, dalam senangku dan dalam susahku.

Akhir kata, marilah kita bersyukur pada setiap saat kehidupan kita, kerana insyaAllah pada setiap saat itu pastinya kita sedang diberikan kebaikan oleh ALLAH.

wallahua`lam

0 Responses to “Bersyukur dengan apa yang ada”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 9 other followers


%d bloggers like this: