Cerpen bulan Ramadhan (cubaan berdakwah kepada kanak-kanak)

“Opah! Hassan nak ayam percik!!” pekik Hassan di tengah-tengah kerumunan manusia yang ramai di bazaar ramadhan yang sudah sedia sibuk.

“Hussein nak kuih yang bulat-bulat tu Opah. Opah dah janji dah nak beli untuk Hussein..” Hussein tak mahu kalah dengan Hassan

Lebih kurang 20 langkah ke hadapan Nina, kak ngah kepada hassan dan Hussein berjalan laju-laju dan tersipu-sipu kerana malu dengan perangai adik-adiknya yang tiada segan silu memekik-mekik di celah orang ramai.

“Eh, tadi kan dah beli ayam masak merah dengan ayam rendang, takkan nak beli ayam percik pulak Hassan? banyak sangat dah ayam ni, tak larat nak makan nanti, Opah nak buat apa ayam banyak2 ni? Hussein kan dah dapat kuih popia, kuih badak berendam, kuih ketayap, kuih karipap dengan kuih cucur udang? Nak tambah lagi ke? Kalau tak habes nanti siaplah kamu berdua, opah sumbat2 jugak dalam mulut masing2 nanti..” kata opah dengan penuh kesabaran melayan kerenah cucu2 nya yang tidak dapat menghargai nilai besederhana mahupun nilai malu memekik2 di khalayak ramai. Opah sabarkan juga sementelah menyedari apalah yg patut diharapkan dari cucu2ya yang baru berumur 4 1/2 tahun itu (kembar). Tapi kesabaran opah agak tipis terhadap Nina yang asyik menyelinap dan mengghaibkan diri di celahan orang ramai.

Waktu berbuka:

Tok Wan: “Ya Allah! Ni ape kah kejadahnya banyak sangat makanan ni?  Ayam sampai 4 jenis, ikan 3 jenis, sotong lagi, udang, ketam?”
Memalingkan wajah ke tepi dan terkejut sekali algi; “lah!! Sampai keluarkan meja makan yang lama nak taruh kuih muih? Ya Allah penuhnya meja ni, macam mana Tok Wan nak lalu ni? ” kata Tok Wan sambil cuba melalui tepi meja yang penuh dengan makanan itu.
Mata Tok Wan terus terbelalak melihat 6 jag air dengan air-air yg berlainan tersusun rapat ke dinding.

Nina: “Siapa punya kerja lagi Tok Wan? Cucu2 kesayangan Tok Wan punya kerjalah ni. itu nak, ini nak, kalau tak bagi meraung-raung pulak tengah2 bazar tu. Hisy, malu betullah bawak diorang ni pergi bazar ramadhan. lain kali toksah pergi dah, dudok je rumah. Haa, tengok tu, bukannya makan pun, baru makan ayam seketul dah kenyang dah, ni sapa nak makan ayam 3-4 jenis ni?” bebel Nina (kat rumah pandai pula nak tunjuk power, kat bazar tadi menyorok macam tikus)

Tok Wan memandang lesu.

Hassan dan Hussein tersenyum-senyum simpul seolah-olah mereka memang kanak-kanak innocent yang sunggoh comel dalam apa jua keadaan (kanak-kanak memang comel)

————————————————————————————————————————————————————————-

Selepas selesai solat terawikh, Tok Wan didekati oleh hassan dan hussein yang memang selalu bermanja2 dengan Tok Wan mereka setiap malam sebelum tidur kerana Tok Wan selalu bercerita berbagai2 kisah yang menarik kepada mereka.

“Tok Wan, malam ni Tok Wan cerita lah pasal spiderman!! Hassan nak tengok kat tb ummi tak nak kasik…”

Tok Wan: “Tok Wan ada cerita lagi best dari spiderman, cerita pasal Tok Wan masa Tok Wan kecik2 dulu. Nak dengar tak?”

“Nak!!!!!!!” serentak meledak.

Nina datang duduk bersimpuh di sebelah tok Wan untuk mendengar juga.

“Masa Tok Wan kecik2 dulu, Tok Wan miskin sangat. Masa tu ayah Tok Wan kerja kampung je, gaji ayah Tok Wan siket sangat. Adik-beradik Tok Wan ramai, 13 orang semua sekali. Jadi Tok Wan dengan adik-beradik Tok Wan biasa hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Tapi Tok Wan pergi jugak sekolah. Masa tu Tok Wan ingat lagi, sepanjang dari Tok Wan darjah satu samapi Tok Wan darjah 5, Tok Wan ada satu ehlai seluar sekolah saje, itu pun seluar pendek, sebab ayah Tok Wan tak mampu nak belikan Tok Wan seluar panjang. Tok Wan pakai seminggu Tok Wan basuh, pakai basuh, pakai basuh sampai lah seluar tu lusuh. Masa Tok Wan darjah 5, Tok Wan teringin sangat nak pakai seluar panjang pergi sekolah, Tok Wan tanya ayah Tok Wan, tapi dia kata tak mampu. Jadi Tok Wan pun berazam, Tok Wan nak simpan duit, sebab Tok Wan nak beli seluar panjang bila Tok Wan masuk darjah enam.”

“Jadi, hari2 Tok Wan tak makan dekat sekolah, sebab Tok Wan nak simpan duit belanja Tok Wan. Tok Wan tak kisah pun perut Tok Wan lapar, lagipun Tok Wan dah biasa. Setiap hari Tok Wan simpan 5 sen dalam tabung buluh Tok Wan. Tabung tu tok Wan sangkut dekat dinding bilik Tok Wan. Bilik ni dekat bahagian bawah rumah Tok Wan, sebab bilik atas ayah bagi dekat adik-beradik perempuan Tok Wan, jadi yang lelaki semua kongsi bilik bawah”

“Tok Wan kutip duit setiap hari, tapi tak cukup jugak nak beli seluar panjang. Jadi Tok Wan pun ambil upah kutipkan buah2an, kadang-kadang kutip buah rtambutan, buah langsat, buah asam gelugor, macam2 lagi lah Tok Wan buat. Lama2 simapnan Tok Wan pun bertambah. Tok Wan kira2, tinggal siket saja lagi nak cukop untuk beli seluar panjang. Jadi tok Wan rasa gembira sangat dan tak sabar-sabar nak beli seluar panjang.”

“Tiba-tiba satu hari tu hujan turun tak henti-henti. berhari2 lamanya. Air mula naik dekat kawasan rumah Tok Wan. Ayah Tok Wan panggil kami adik-beradik lelaki untuk selamatkan barang-barang berharga yang ekbanyakannya ada dekat bahagian rumah belah atas. Kami pun memindahkan barang2 berharga. Air semakin naik, dan satu petang tu tiba2 air naik dengan sangat mendadak. Tiba-tiba Tok Wan teringat atbung buluh Tok Wan yang tersangkut dekat dinding bilik bawah! Tok Wan pun berlari-lari turn naks elamatkan tabung Tok Wan, tapi bila Tok Wan sampai Tok Wan tengok tabung du dah hanyut. Tok Wan cuba kejar tabung tu, tapi air sangat dears, jadi Tok Wan terpaksa lepaskan dia pergi, Tok Wan nangis je tengok tabung tu keluar ikut tingkap, pergi meninggalkan Tok Wan. Impian Tok Wan nak beli seluar panjang pun musnah….”

Rupa-rupanya dis ebelah Tok Wan Hassan, hussein dan Nina telah menangis teresak-esak.

“Tok Wan, kenapa cerita Tok Wan ni sedih sangat?” kata Hassan sambil menangis-nangis

Tok Wan senyap sahaja.

Mulai hari itu hassan dan hussein tidak pernah lagi meminta2 berlebih-lebihan bila dibawa kelaur ke bazaar ramadhan, malah mereka semakin rajin pula berpuasa dengan bersunggoh2..

Sekian.

(ceriat ini telah dicampur-aduk antara kisah rekaan dengan kisah benar)

0 Responses to “Cerpen bulan Ramadhan (cubaan berdakwah kepada kanak-kanak)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja.
Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa.

Sebarang artikel di sini boleh disebarkan insyaAllah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 11 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: